Jun 5, 2016

Slim, Sihat Dan Cantik Dengan HI-TEA

Teh sememangnya diminati ramai sepertimana kopi. Kebiasaannya kita minum teh jenis daun kan ? Kalau pergi sesetengah cafe atau spa , memang mereka ada sajikan minuman teh buahan atau bunga ni sebab selain unik, khasiatnya sangat bagus. So kali ni aku nak share dengan korang teh buah dan bunga dari Hi-Tea Sememangnya sedap lagi menyihatkan. Tanpa sebarang perasa, pewarna, bahan pengawet, bahan terlarang dan merbahaya. Hi-Tea merupakan pengeluar dan pengeksport teh buahan dan bungaan dari Singapura dan Malaysia. Bukan saja menjual teh mereka secara runcit malahan dijual secara borong kepada peruncit, pemborong, hotel, cafe, spa dan sebagainya. Selain teh, Hi-Tea turut mengeluarkan cuka, wain masakan, sabun yang menggunakan teh bunga berkualiti tinggi.



Terdapat 3 jenis teh dari Hi-Tea iaitu :

- Fruit tea
- Loose Flower
- Blooming

Ketiga-tiganya mempunyai rasa, aroma yang tersendiri selain khasiat yang bagus untuk pelangsingan badan, kecantikan kulit serta kesihatan tubuh badan. Di sini, akan aku kongsi kan 5 jenis teh dari Hi-Tea iaitu :

- Dried Lemon Slice
- Blueberry Fruit Tea
- Lemon Grass
- Roselle
- Blooming Tea



Teh dari Hi-Tea memang mudah disediakan dan dibawa kemana-mana kerana packaging nya yang kedap udara, comel dan ringan. Cara menyediakannya :
Campurkan secubit atau sesudu kecil teh ke dalam 300ml air panas, kemudian biarkan sehingga 3-5minit. Nak lagi best boleh tambah madu. Aku lebih suka minum macam tu, baru pure hihi

Beauty + Super Vitamin Booster






Beauty + Super Vitamin Booster

Boleh campurkan 1 keping dried lemon + 1 roselle + secubit lemon grass meningkatkan vitamin, kecergasan badan malah mencantikkan kulit. Selain mencuci usus kita. Rasanya sedikit masam dari lemon dan roselle selain rasa rumput / daun dari serai beserta aroma yang menyegarkan. Warna pun menarik, merah cam gitu dari roselle.







Blueberry Fruit Tea adalah favorite aku. Aku suggest tak payah mix dengan mana-mana flower atau tea leaves yang lain. Sebab ia dah sedap. Memang kuat rada blueberry tea ni. Fresh sangat, bila kena air panas, blueberry yang kering tadi akan mengembang dan lembik, masa ni la aroma dan warna blueberry tu naik. Bagus sangat untuk cuci usus, release tension, batuk selain bersifat antioxidants dan kaya vitamin C






Blooming Tea ni fist time kot aku minum. Unik dan semacam je hihi. Rupanya blooming tea ni dah lama diminum masyarakat Cina untuk jaga kesihatan badan , dalaman dan luaran. Bunga seperti lily, calendula, jasmin, globe anarant yang diikat atau dibalut seperti bola dengan dedaun teh kering. Nanti akan mengembang bila direndam air panas. Rasanya yang ni guna bunga globe anarant, warna pink gitu. Rasa agak pahit.... ubat memang pahit kan. Blooming tea ni boleh guna dua kalu, sayang nak buang kan. Dah siap, simpan dalam peti sejuk, besok guna dan buang.



Memang segar, relax, calm je minum Hi-Tea ni, tak payah gula, susu mahupun creamer pun dan sedap. Amalkan minum minuman yang sihat, kurang gula bagi melindungi kesihatan kita. Boleh cuba teh dari Hi-Tea. Sebarang info, pertanyaan dan belian boleh ke :



Hubungi :
Tel: +65 81572210
HP: +65 81572210


Email : 
Info@Hi-Tea-Boutique.Com


Website :


Facebook : 
posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Hai :D Jemputlah join segmen terbaru Nisha ya ^^ http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2016/06/segmen-bloglist-bulan-jun-julai-by-hbj.html

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign