HADIAH iPHONE 6 PLUS UNTUK MAMA DARWIISH

by - July 02, 2016


Rezeki Ramadhan tak siapa tahu hehe. Bukan nak riak tetapi hanya sekadar berkongsi kegembiraan. Tak sangka dihadiahkan sebuah gadget impian semua iaitu iPhone 6 Plus dari sang suami huhu. Mulanya memang dia ada kata yang dia nak beli phone baru sebab phone dia yang sekarang selalu hang. Dan katanya nak beli sedondon gitu. Aku on je sebab kata orang rezeki jangan ditolak. Tup tup tup.....




Si dia hadiahkan seketol iPhone untuk aku. Alhamdulillah. Jadi serba salah pulak. mahal kan. Dia pula stay guna phone lama dan backup dengan phone lama aku si Oppo Neo5. Oppo tu pun hadiah dari suami last year kot. Memang banyak berjasa pada aku terutama untuk kerja blog. Dengan Oppo tu la aku jinjing kehulu kehilir bila attend events. Katanya dia hadiahkan aku sebab kesian tengok aku buat kerja blog terutama melibatkan kamera. terkehel - kehel tangan main monopod. Katanya semoga kerja blog aku makin lancar, mantap dan masyuk haha. Alhamdulillah dapat support dari suami. Dia boleh nampak kesungguhan aku dan hasil yang aku dapat selamat berblogging ni. Alhamdulillah mudahan rezeki suami tersayang ni semakin murah.



You May Also Like

4 ulasan

  1. Alhamdulillah..doakan Murni pon dapat macam ni jg sbb husband ada offer utk tukar henfon kat Murni sebab iphone5s murni dah uzur..hehehe

    ReplyDelete
  2. wah bestnya hihii..kena jaga molek2 la nohh

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish