Jul 27, 2016

Jom Raya Sinar Di IJM Land Rimbayu Meriah Dengan Telatah Sepahtu

17 Julai yang lepas kami sekeluarga diundang pihak IJM Land bagi memeriahkan Majlis Rumah Terbuka, Jom Raya Bersama Sinar bertempat di The Arch, Bandar Rimbayu. Wahhh sangat teruja bila sampai di Bandar Rimbayu ni, sebab dapat melihat pemandangan yang menghijau selain perumahan yang sangat cantik, urban dan menari. Selain tu dah tentunya kami tak sabar untuk berjumpa Sepahtu Sinar iaitu Jep, Shuib, Rahim selain artis yang bakal membuat persembahan tak lain tak bukan, my favourite Philiphino boy Mark Adam dan Siti Nur Diana




Kalau nak tahu IJM Land Berhad mentakrif landskap hartanah sejak tahun 1989 , kini bukan sahaja menaik taraf perbandaran bertaraf dunia di Malaysia, malah di Vietnam, China dan United Kingdom selain merangkul pelbagai anugerah bertaraf dunia. Tak hairanlah lanskap dan perbandaran di Bandar Rimbayu ni tersangatlah urban. Bertuahnya siapa yang beli rumah di sini.





Di majlis ini juga diadakan sesi ramah mesra bersama pendengar bertuah Sinar FM selain banyak aktiviti dan contest diadakan di pentas. Tak kering gusi para undangan dengan telatah mereka. Aku memang melopong la tengok si Mark Adam hehe. Anak - anak memang seronok main buih. Suasana redup dengan pokok yang menghijau memang santai dan cool. Selain tu boleh melihat dan merisik - risik dumah idaman di Rimbayu show gallery. Kat situ boleh tengok bermacam lot rumah yang semuanya cantik - cantik. Nama pun open house, pelbagai juadah raya disediakan.








Memang meriah Jom Raya Sinar, para jemputan tak putus - putus hadir bagi memeriahkan majlis seawal jam 4 petang hingga 7 malam. Terima kasih pihak IJM Land, Rimbayu kerana sudi menjemput kami.



Website :

Facebook :

Instagram :

3 comments:

  1. da lama tak jenguk blog akak..hihihi....seronoklarr jumpe ramai artis...happening tgk korang..hahaa

    jemput dtg & komen sini...tq :)

    http://www.yayacendana.com/2016/07/dapat-baucer-rm5-untuk-pembelian.html

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign