Jul 31, 2016

Korean Street Food Sedap Dan Murah Di MYEONG DONG TOPOKI, Sunway Putra Mall

Korean food atau Korean street food kebelakangan ni memang menjadi selera ramai hehe. Terutama yang feeling Korean lebih macam aku haha. Kuat pengaruh Korean ni, dari muzik, fashion, drama, kosmetik, perlancongan hingga ke makanan menjadi tranding. Biasanya nak makan Korean food ni, mesti ke restoran makanan Korea, dan harga agak mahal. Tapi tadi nak dijadikan cerita, habis je event di Parenthood, terus cik abang ajak makan. Actually kami makan di Boat Noodle, tapi tetiba terpandang signboad MYEONG DONG TOPOKI. Yeahhhh ... tiba - tiba happy. Terus cakap kat cik abang nak tapau bawak balik.



Kedainya tak lah besar sangat. Meja pun tak sampai 10 buah, tapi premis kedai bersih dan ramai yang beratur. Best nya kalau dine - in huhu, lebih feeling bila makan dalam periuk batu Korea tu huhu.




Cute kan menu dia. Pink kaler. Tak silap Myeong Dong ni nama bandar atau wilayah di Korea. Kiranya kat sini menjual makanan jalanan, mudah dimakan. Macam - macam ada. Rasa nak order semua. Harga pun kalau nak compare dengan restoran yang kami biasa pergi memang agak murah. Dan yang best disediakan menu ala carte dan set.



Cute tak packaging air ni. Yang ni namanya Honey Citron kombinasi pudina , madu dan lemon. Bergas sikit airnya, sedap dan ada hirisan jeruk lemon sekali. Tak manis sangat tak masam sangat. Nampak sikit, tapi puas minum. RM 5.80



Aku order Dongdaemun Sfation RM 15.80 Ada mandu atau dumpling 3 ketul. Memang best kalau makan masa panas, kalau dah sejuk tu, tak berapa nak rangup. Dan kurang berminyak. Inti pun banyak. Huuu sempat makan 1 je, 2 lagi anak makan hehe.



Topoki memang favourite lah. Aku request extra hot. Maklumlah pedas cili Korea ni bukan macam cili padi. Nampak je merah, tapi manja je pedasnya. Banyak juga lebih 10 ketul. Cuma kurang sayur, ada lah sekeping dua fish cake. Tapi kuah memang awesome. Burllllppp Alhamdulillah, sedap daebakkkk.... lepas ni boleh cuba menu lain pulak. Lokasi di tingkat 4, sebaris Boat Noadle, Sunway Putra Mall

8 comments:

  1. wahhh..tak penah try lagi yg nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh try... Sedap padan dgn harga

      Delete
  2. okay boleh masuk list nak cubaaa hehehe.. dappnyeee tengok gambor telan ailio hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh... Jangan tersedak air lio sudah :p

      Delete
  3. jue kimchi pun tak lalu.. hahaha acerner nih nak g korea?

    ReplyDelete
  4. Myeongdong ni kalau kat Malaysia macam Petaling Street laa...ada banyak jual barangan, makanan kat sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo bila sally nak angkot akak p sana :p

      Delete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign