Jul 3, 2016

SHELL OUT UNTUK EMAK


Shell out pernah viral tak lama dulu. Dan memang teringin sangat nak makan. Tapi bila survey wow harga memang da bomb kalau makan di restoran . Better masak sendiri kot. Dan dah lama juga peram resepi shell out ni dan Alhamdulillah akhirnya dapat juga ber'shell out' dan paling istimewa dimasak untuk emak dan family di akhir Ramadhan ini.




Xtually masa nak balik kampung hari tu dah janji siap dengan adik nak masak menu ni hehe. So dengan pantas aku shopping segala seafood di NSK Rawang, ada sotong, ketam, lala dan udang. Memang murah , kos tak sampai seratus dan boleh makan dalam 6-8 orang tau.


Resepi Shell Out

Bahan - bahan :
Aneka jenis seafood
2 biji jagung
1 pohon brokoli
1 biji lemon ( hiasan )

1 cawan cili giling
2 bawang merah ( dikisar halus )
3 bawang putih ( dikisar halus )
1/2 cawan sos bbq
1/2 cawan sos tiram
2 sudu besar gula


Cara penyediaan :
1. Rebus sampai masak seafood, jagung serta brokoli dan ketepikan

2. Tumis bawang putih, bawang merah, cili sehingga naik bau. Masukkan sos tiram dan sos bbq serta gula. Tambah sedikit air lebihan rebusan tadi.

4. Masukkan rebusan seafood dan gaul rata.

5. Siap dihidang bersama hirisan lemon, brokoli dan jagung




Dan menu paling win dari emak, adalah kerabu mangga bersantan. MasyaAllah sedapnya. Gulai lemak cili api dari adik. Memang kami tak bagi emak masuk daput hari ni. Bagi rehat. Tapi ada juga dish dari emak hehe. Tak senang mak kami duk godek dapur nya hehe. Memang nikmat berbuka dengan mak, abah dan family. Meriah Alhamdulillah



1 comment:

  1. Singgah sebelum raya. Ain nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Tersalah komen, tersuka komen, tersibuk komen dan banyak lagi ter harap diampunkan :) Selamat pulang ke kampung halaman, Semoga selamat pergi dan balik,Uihh teringin jugk nak buat shell out ni tapi takdak masa lagi. kerabu mangga sedapnya :')
    Pemilik blog theathra.blogspot.my
    Ain Athirah binti Anuar

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign