Jul 1, 2016

SIAKAP STEAM OREN, BUNYI PELIK TAPI SEDAP

Siakap steam oren ??? Haah siakap steam oren... hehe. Kebiasaannya kita makan sikap steam halia, steam asam boi, steam limau kan. First time aku makan siakap steam oren. En.Suami hari tu bawa berbuka puasa di restoran kawannya. Katanya sedap menu dissitu selain ada masakan pahang seperti Gulai Asam Tempoyak Ikan Patin. Mula dengar macam eeeeewww, sedap ke, boleh masuk tekak ke kan, oren kan manis.... tapi kan.....

Siakap Steam Oren
First impression pun dah wow uols. Tengok tu kuah dia pun menarik kan, warna kuning ke oren. Atas tu dihias dengan hirisam buah oren. Serius sedap. Ikan tak hanyir langsung. Masam, manis, masin, pedas semua cukup rasa. Ada bawang putih yang menyeimbangkan rasa. Memang sedap , masam nya tak terlalu tajam macam steam limau. 

Gulai Tempoyak Ikan Patin

Udang Celup tepung

Tom Yam
Menu lain macam tom yam tu memang kena dengan tekak, udang celup tepung pon ok tak liat, gebu je, udang pun besar - besar. Ikan patin je tak berapa fresh. Ye la nak dapat ikan patin segar bukan senang kan. Tapi ok la. Harga pun ok. Sekitar RM50, air manis 3 jenis. Lokasi sekitar Adenium, Bukit Beruntung. Nak lokasi tepat...nanti roger k hahaha



2 comments:

  1. aaa terliurrr sangat dgn ikan stim lemon tuhhhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  2. kalau siakap, biasa stim halia.

    kalau skim oren atau lemon nih..kurang sikit nak kena dengan tekak nih.

    tak tahu pasal apa.

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign