Aug 24, 2016

Amez Care Tuala Wanita Berherba

Tuala wanita atau sanitary pad memang dah jadi keperluan setiap wanita semasa datangnya haid. Lain lah nenek, moyang, kita dulu pakai kain je buat lapik. Sekarang kita semua nak cepat hehhe, malas le tu. Bermacam jenama, bentuk dan gaya pad atau tuala wanita yang ada di pasaran. Kena pilih yang betul - betul bagus dan selamat digunakan. Penting tau memilih pad atau tuala wanita yang bagus ni, bagi memastikan keselesaan, kebersihan dan kesihatan Miss V . Amez Care antara jenama tuala wanita yang aku syorkan untuk korang kaum hawa untuk cuba, kerana ianya berherba selain banyak lagi kelebihan pemakaiannya.




Amez Care tuala wanita yang aku cuba adalah Amez Cara Day, Overnight dan Pantyliner Bagi keselesaan berpanjangan kita boleh memakai pad / tuala wanita mengikut aliran. Kesemuanya mengandungi herba semulajadi seperti aloevera, peppermint, tea plant, chamomile dan lavender. 

Kelebihan Amez Care :
  • Leg Cuff 3-D Egronomic
  • Ultra Soft Top - Sheet
  • Anion, Far-IR, Nano Silver, Anti-bakteria semulajadi, ekstrak herba
  • Upper Dust - free protective layer
  • Super Absorbent Polymer 
  • Under Dust - free protective layer 
  • - 100 % anti kebocoran, selesa
  • - Gam Dan PE kalis air
  • - Shield bacteria wrapping





Amez Care Day ada 12 keping pad di dalamnya dengan ukuran 240mm. Sesuai dipakai di siang hari. Siap dengan sayap, so tak perlu risau dengan masalah kebocoran. Garisan hijau tu lah terdapat herba tadi. Dan Amez Care sangat hygiene kerana dibalut dengan shied bacterial wrapping. Apa yang best nya... bila pakai miss V akan rasa mint² je, hehe... segar dengan bau haruman herba tu. 



Amez Care Overnight ada 10 keping pad dengan ukuran 290mm serta sayap. Sesuai di pakai waktu malam kerana kebiasaanya aliran haid pada waktu ini lebih banyak. Memang selesa dan tiada kebocoran. Nampak je nipis tau. Selesa sebab ada ultra soft top sheet, Far-IR, Nano Silver dan anti bakteria semulajadi.




Kalau macam dah hujung² haid tu, aliran pun makin kurang, so boleh lah pakai pantyliner ni. Kalau yang ada masalah keputihan tu, boleh cuba, mana tahu berkesan kurangkan masalah tersebut dengan adanya herba.

Memang best pakai Amez Care pad di waktu period sebab dah tak ada bau hanyir, busuk darah masa cuci atau pun masa seharian, sebab di cover oleh bau herba. Cuci pun senang. Selesa sampai tak rasa pakai pad sebab pad Amez ni nipis je, tapi tak bocor tau sebab ada SAP Layer.
Tapi perlu ingat ye tak kisahlah jenama apa pun tuala wanita yang korang guna, pastikan setiap 4 jam tukar pad kurang untuk elakkan jangkitan kulat, bakteria dan kegatalan. Cuci bersih dan buang dalam tong sampah bukan lubang tandas hihihi. Amez Care boleh dibeli di kesemua pasaraya terpilih seperti Aeon dengan harga menarik.   Info lanjut boleh layari :


Facebook :

Instagram :

Email :
support@amezcare.com

1 comment:

  1. suka sangat berangin2 jer tau.. hehehe.. nampak nipiskan..

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign