Aug 9, 2016

BLOGGER SALLY SAMSAIMAN BELANJA MAKAN DI PANCAKE HOUSE

Siapa aja yang tak kenal dengan si Sally blogger cute lagi manis dan kaki travel . Hehehe puji semacam ni kan mesti ada apa - apa. Ehh memang ikhlas ni puji ok. Dah banyak kali bermesra di event -event haha. Mesra gitu, nak dijadkan cerita, habis event di Sunway Putra Mall, kami to gather -gather pergi ke next event di Mid Valley pulak.Wahhh feeling travel pulak dengan si Sally. Memula feeling awkward sikit, maklumlah aku ni kan pemalu wuhahahaha, tapi nasib si Sally ni riang ria orangnya. Terus tak malu dah aku hihu. Sementara menunggu event bermula, kami jenjalan dulu dalam mall tu, tak sangka pulak Sally dengan urah hati belanja pancake paling gebu di abad ini. Actually Sally pernah buat review di Pancake House ni, so Sally nak bagi aku rasa pulak kegebuan Philiphine pancake ni.

Me, Sally & Momi
Ewahhh makin meriah lah bila ada si kaki Pokemon Go hehe blogger cute Rafzan Tomomi makin meriah, riang ria bagai di hari raya la kami masa tu hehe. tapi Momi memang tak lekang dengan si Pokemon , tapi time selfie harus pose hokeyyyy.

Caramel Banana Walnut Pancake


Taraaa inilah pancake yang aku order.Caramel Banana Walnut Pancake , ada kekacang Walnut , krim dan glaze. Hehehe lupa pulak namanya. Boleh pilih 2 atau 3 keping pancake. Aku pilih 2 keping je, Seius sedap sangat. Pancake fluffy sangat. Caramel tu pun sedap, syrup tu tak boleh tuang banyak - banyak , manis. Tekstur pancake yang lembut tu sedap dan kontra bila gabungkan dengan kekacang Walnut . Harga kalau tak silap RM16++ Air aku order Peach Tea. Lepas ni nak try taco, waffle dan kids meals pulak. Mesti anak -anak aku suka hehe. Thanks Sally, mudahan makin bertambah rezeki Sally.




Pancake House, Mid Valley
F046, 1st Floor, Mid Valley Megamall, 
Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 
58000 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 
Malaysia

3 comments:

  1. Hehehe...no problem la kak...ada rezeki Sally bg..time xde..mmg dok diam tepi dinding la kekdahnya..hahaha

    Suka dgr akak kata sedap (*^▽^*)

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign