Aug 14, 2016

CEGAH KEMALANGAN KECIL ANAK - ANAK DIRUMAH DENGAN LUNAVIE BABY SAFETY

Pada yang ada anak, khususnya anak - anak kecil , perlu dititik beratkan tahap keselamatan mereka di rumah. Ya.... di rumah risiko berlakunya kecederaan dan kemalangan juga boleh berlaku. Dengar macam tak percaya kan? Tapu bila kita fikirkan memang banyak bahayanya tau, terutama yang ada anak kecil seusia 5 tahun dan ke bawah. Di usia ini mereka lebih advance untuk bermain dan meneroka seisi rumah. Ada saja yang mereka nak explore. Tanpa kita sedari bahaya yang menanti seperti, lemas dalam baldi takungan air, tersepit jari di pintu dan laci, terhantuk di bucu tajam, renjatan elektrik dan sebagainya. Ye lah, kita ibu bapa pun bukan boleh monitor anak - anak ni 24 jam. Jadi sebagai ibu bapa prihatin dan bijak, kita perlu mencari inisiatif mencegah sebarang kemungkinan.

Lunavie merupakan syarikat yang memasarkan barangan keibu bapaan dari pakaian, set penjagaaan sehingga baby safety produk. Rasa teruja bila di beri 3 baby safety products untuk digunakan dan dikongsikan bersama ibu bapa diluar sana. Maklumlah kat rumah ni ada hero umur 5 tahun dan heroin 2 tahun. Boleh bayangkan tak bertapa mereka aktif dan suka bermain. Memang dah berapa kali ada yang terhantuk dan tersepit. Kali ni, boleh la praktikkan amalan mencegah kemalangan di kalangan anak - anak. 3 baby safety products yang diberikan oleh pihak Lunavie adalah Plug Cover, Safety Door Guard, V Shape Corner Protector



Plug Cover ( 6 pcs) RM 12.90
Safety Door Guard ( 2 pcs) RM 9.90
V Shape Corner Protector ( 4 pcs) RM 12.90




Fungsi Plug Cover ini adalah untuk mencegah berlakunya renjatan elektrik pada anak - anak. Memang anak - anak suka sangat main plug ni, bahayanya sehingga boleh mengakibatkan maut. Mudah je, kita lekatkan saja pada mana - mana plug yang tak digunakan. So tak dapatlah dorang masukkan jari, pensel dan sebagainya. Dan please make sure plug mudah alih tu kita letak tersorok atau di tempat yang sukar mereka capai.




Safety Door Guard nampak macam remeh, tapi di pintu ni lah jari si manja selalu tersepit, dan paling ngeri bila mereka terkunci di dalam bilik. Dengan adanya safety door guard ni, kita hanya perlu lekatkan ia dicelah atau belah atas pintu atau bawah. Macam aku letak di bahagian tengah sebab anak nak cabut kalau letak di bawah. Jadi pintu tidak akan tertutup rapat, dan ada gap jika ditolak anak - anak. Jangan bimbang, metarial nya lembut, tak merosakkan vanish atau cat pintu korang hehe.




V Shape Corner Protector membantu mengelakkan kecederaan sekiranya anak - anak terhantuk di bucu tajam seperti bucu meja, kerusi, laci, almari dan sebagainya.Ada 3 pilihan warna iaitu, coffee, ivory dan black. Metarialnya sangat lembut, selamat untuk kanak - kanak. Cara nak guna pun mudah saja, tampal bahagian dalam dengan double tape yang disediakan dan lekatkan di setipa bucu meja. Kalau nak cabut mudah aje, lap dengan kain dan air suam pada bekas double tap. Tiada kesan yang ditinggalkan....meja cantik...anak pun selamat hihihi. Kesimpulannnya buat diri sendiri dan ibu bapa diluar sana, jangan pandanf remeh keselamatan anak - anak dan pastikan persekitaran dalam rumah sentiasa bersih dan selamat.



Telefon : 03-9057 2661
Website : www.lunavie.com
Instagram : @lunavie_com


LUNAVIE
Caely (M) Sdn Bhd
No 47-2 Jalan Radin Anum
Bandar Sri Petaling
57000 Kuala Lumpur

2 comments:

  1. awak yang tang bucu meja tu kita penah beli, disebabkan kekreatifan anak bujang yg terlampau makanya semua ditanggal die dan di tampal pada stereng remote car die. huhu

    ReplyDelete
  2. Kena beli jugak ni.. Sangat bagus..

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign