Aug 3, 2016

DARWIISH BERAKSI DI CONGKAK COMPETITION BY SPM GAMES AT PARENTHOOD, SUNWAY PUTRA

Sebut Parenthood dah terkinja - kinja anak - anak aku. Dah terbayang dalam kepala dorang seronok bermain dalam The Parenthood Playland tu. Dengan mama nya sekali terkinja haha. Bagi yang belum tahu, Parenthood adalah lokasi bermain untuk anak - anak yang di dalamnya terdapat playland, baby store, cafe, saloon dan banyak lagi yang direka ala London Street gitu. Kiranya korang boleh lepaskan anak bermain dalam tu, then korang boleh shopping barangan anak - anak, makan atau manjakan diri di salon bagai. Ala sebelum ni ada entry yang aku share. Nanti boleh baca ok. Ok kali ni pihak Parenthood menganjurkan Congkak Competition by SPM Games pada 30 Julai lepas bermula jam 1 tengah hari hingga 4 petang untuk anak - anak berusia 4 - 12 tahun ke atas.




Bagi aku bagus diadakan pertandingan sebegini sebab, ia bantu memperkenalkan dan mendekatkan generasi muda khususnya anak - anak kita kepada permainan tradisional. Lagi bagus daripada dorang main game dan gadget kan. Congkak Competition ni, mulanya diadili secara individu sebanyak 2 pusingan. Kemudian 2 peserta yang tertinggi mata dipungut akan berentap 1 vs 1 . Wahhh mencabar tu hehe.




Cantik, menarik dan cute je design congkak by SPM Games ni kan. Barulah merangsang minat anak - anak. Nampak happening je. Metarialnya plastik. So tak berat dan kecil moleh boleh di bawa ke mana saja. Tengok muka si Darwiish, teruja muka nya. Tak silap aku ni kali pertama dia main congkak. Kalau zaman kita dulu congkak kayu kan... masa kecik - kecik korek tanah bawah rumah mak, main congkak... sweetnya... bebudak sekarang...dah maju dah...congkak pon warna warni kan. Mata yang Darwiish pungut , 17 mata je hehe. Not bad kan untuk first trial. Good job... dear. Congkak ni bagus untuk anak - anak belajar mengira, mengenal warna, fokus dan berfikir.




Hadiah yang ditawarkan pun agak lumayan dan menarik. Tahniah buat pemenang. Kalau nak tahu pemenang utama tu anak blogger Jane Chua tau.... hebat kan denga. 40 lebih mata. Anak blogger Diyana pun menang, 2 beradik lagi. Hebatlah...tahniah.



Sementara tunggu peserta lain main, anak - anak berpeluang main di Parenthood Playland. Wahhhh meriah.... biasalah hujung minggu kan, mak ayah spent quality time dengan anak - anak, sebab dalam Parenthood ni, mak ayah pun dibenarkan masuk bermain dengan anak - anak sekali. So don't worry kalau korang tak nak masuk, anak - anak inshaallah selamat bermain kat sini sebab dipantau oleh staff yang baik dan friendly. So lepas ni kalau nak bawak anak bermain boleh ke Parenthood, Sunway Putra. Congkak tu pun ada dijual di SPM Games, Parenthood. Thank you Parenthood for having us

2 comments:

  1. simpan satu set congkak ni kat rumah...bila ada masa free suka ajak anak2 main congkak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah nak kena beli, anak boleh belajar mengira secara tak langsung

      Delete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign