Aug 15, 2016

DIDIK ANAK MENABUNG LEBIH MUDAH DENGAN KIT BIJAK MENABUNG MY CEO

Didik anak menabung lebih mudah dengan Kit Bijak Menabung My CEO
Menabung ... bunyi dan konsepnya nampak mudah, tapi nak praktikkan dan amalkan amalan suka menabung ni memang payah sekiranya tidak diasuh dari kecil. Bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya Sebagai ibu bapa, kitalah yang mencorak gaya amalan dan hidup anak - anak. Role model kepada mereka. Dari kecil kita mesti mendidik mereka supaya berjimat - cermat dan suka menabung, seiring kemajuan zaman sekarang yang semuanya memerlukan duit untuk mendapatkan sesuatu. Dan sangat penting sekiranya berlaku sebarang kecemasan seperti memerlukan duit untuk kos rawatan , pembelajaran dan sebagainya.




Kalau zaman kita dulu hanya tabung buluh, tabung ayam, buahan kan....menggamit memori sangat. Tak sempat penuh dah dipecahkan. Dengan Kit Bijak Menabung keluaran My CEO amalan menabung khususnya dikalangan kanak - kanak adalah lebih mudah dan praktikal. Ia merupakan kit pengurusan kewangan kanak - kanak yang pertama di Malaysia Ianya lengkap dengan modul pembelajaran tentang asas dan konsep pengurusan kewangan yang bijak Jadinya dengan kit seperti ini matlamat dan konsep menabung lebih jelas.





Kit Bijak Menabung My CEO didatangkan dengan 3 tabung lut sinar yang comel beserta beberapa buku panduan dan rujukan untuk ibu bapa dan anak - anak. Jangan risau, tabung diperbuat daripada plastik, jadi ianya tidak mudah pecah dan selamat digunakan. Ia bersifat lutsinar kerana menarik minat anak - anak apabila melihat pertambahan hasil tabungan mereka. Tabung ini juga boleh dibuka penutupnya bagi memudahkan ibu bapa mengeluarkannya untuk tujuan dipindahkan ke bank.

Tabung Simpanan mestilah dilebihkan daripada tabung belanja. Tabung simpanan juga perlu bertambah setiap hari dan tak boleh digunakan kecuali kecemasan. Yang bagusnya disediakan tabung sedekah, kerana sedekah bakal mengundang lebih rezeki dan disebalik rezeki kita terselit rezeki mereka yang memerlukan.


Kit Bijak Menabung mengandungi :

  • Sebuah Buku Panduan untuk ibu bapa
  • 3 buah tabung iaitu SIMPAN, SEDEKAH, BELANJA
  • 4 buah buku panduan untuk anak-anak iaitu Buku Seronoknya Menabung,Buku Matlamat, Buku Bajet, Rekod Duit Saya
  • Carta Upah Magnetik
  • Pelekat / Stiker yang bersesuaian






Terdapat 5 buah buku panduan disediakan termasuk untuk panduan ibu bapa. Dengan ini dapat membantu para ibu bapa dalam menetapkan dan membimbing anak - anak supaya menabung.

Buku Panduan Ibu Bapa
Membantu para ibu bapa dengan info, tips dan panduan untuk melatih anak - anak menabung dengan efektif.

Buku Matlamat
Buku untuk anak - anak menulis matlamat, kehendak atau keinginan mereka untuk jangka masa tertentu . Mereka perlu menabung untuk merealisasikannya

Buku Bajet
Buku untuk anak - anak merancang kewangan, berjimat dan sebagainya

Buku Seronoknya Menabung
Menerangkan konsep menabung dan cara mengamalkannya dengan lebih mudah

Buku Rekod Duit Saya
Rekod nilai tabungan dalam jangka masa tertentu



Kotak kit tadi jangan dibuang kerana boleg diguna pakai sebagai rak tabung. Sejujurnya Darwiish lebih bersemangat menabung bila ada Kit Bijak Menabung ni. Mesti dia akan masukkan ke dalam tabung lebihan dari duit belanja sekolah. Lagi bersemangat bila kita tanda carta upah. Dapat latih Darwiish buat kerja untuk dapatkan duit. Bagi anak yang di bawah 7 tahun tu boleh dibimbing oleh ibu bapa. Ibu bapa pun bagus kalau praktikkan konsep tabung macam ni. Inshaallah mudahan bertambah tabungan anak mama supaya senang awak di kemudian hari. Sekiranya korang berminat boleh membuat belian di :


Website : 

FB Page : 
MYCEO - Malaysia Children Entrepreneurship Orientation Program

Instagram : 
@myceo2015

Untuk pembelian : 
03 - 61516555 / 012-4220677 

atau beli online di :


Pihak MyCEO juga ada membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Rakan Niaga MyCEO (Agen/Stokis)

3 comments:

  1. Best la anak2 sekarang ada macam2 jenis tabung dah..
    AM guna bekas qu puteh je..janji penutup botol qu puteh AM gam dengan ketat dan tak boleh dibuka dah.

    Dah bertahun menabung x penuh2 lagi..huhuhu

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  2. Qebal dah siap bgtau mama tabung simpan utk pergi legoland.. hahaha jenuh nak masukkan det dalam tu bg penuh. hahaha

    ReplyDelete
  3. Bijak idea buat Kit Bijak Menabung ni...

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign