Aug 25, 2016

Etok-etok Kudapan Paling Win Dari Kelantan

Etok-etok tak asing lagi buat warga Kelantan khususnya. Tapi baru² ni warga Pahang pun berpeluang menangkap dan makan etok-etok dari Sungai Temerloh masa kemarau yang lepas. Sibuk scroll fb semua dok tayang makan etok-etok, teringin nak merasa. Memang tak pernah makan etok-etok ni seingat aku. Etok-etok ni lebih kurang adik beradik kerang, lala, kupang la. Cuma etok-etok ni hidup dan membiak di kawasan sungai atau sempadan kawasan air masin dan air tawar. Saiznya kecil lebih kurang nesar duit 5 sen dan ada juga yang besar. Katanya etok-etok ni lebih bersih dari kerang dan lain² kerana ia hanya hidup di kawasan air bersih dan hanya makan lumut hijau. 




Hari tu pergi pasar malam, wah meriah peniaga² Kelantan jual etok-etok. Etok-etok ni dibungkus dengan surat khabar berbentuk kon, macam kacang rebus tu. Ada 2 versi masin dan manis. Aku cuba yang masin, RM2 je. Gelak abang yang jual etok-etok tu bila aku belu satu, katanya confirm x cukup hehe. Aku beli sikit sebab takut tak boleh telan, kan membazir nanti. Ooo etok-etok warnanya hitam, comel je, susah nak buka pakao jari atau kuku sebab saiznya yang kecil. Katanya kena gigit guna gigi, pada yang tak biasa hati² tak pasal² sumbing gigi nanti haha. Serius ketagih, sedap weh, isi etok-etok ni putih jernih, kenyal, lembutdl dan segar. Kena pula dengan perapan nya tu. Kalau kat Kelantan femes versi salai, tapi yang ni versi rebus kot. Ada rasa halia, serai... sedap. Tak hairanlah warga Kelantan relax je kudap si etok-etok ni sambil tengok tv. Serius sedappp... Nanti jumpa nak beli lagi... Miss you etok² haha

6 comments:

  1. memang sedap,kalau ikut kakak ipar balik kelantan,mmag cari etok ni

    ReplyDelete
  2. sedap etok ni.. selalu beli.. lagi best kalau makan dengan nasi kerabu

    ReplyDelete
  3. sedapnya..lama xmakan etok. masa kecik2 selalu makan.

    ReplyDelete
  4. eh terbayang pulak bila akak ckp kenyal semu tu.. jumpak nanti nak try laa..

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign