Aug 8, 2016

KIDS TIME AT AQUARIA KLCC

Lama sangat dah simpan angan - angan nak bawak anak - anak meneroka dunia lautan di Aquaria KLCC tapi mungkin disebabkan kekangan masa, maka asyik tertangguh je niat tu. Alhamdulillah rezeki anak - anak, last event Scott's DHA Gummies yang berlangsung di Aquaria KLCC, jadi kami sekeluarga diberi peluang menikmati dunia sebenar dasar laut pada hari tersebut. Wahhh happy lah anak - anak sekali dengan mama papa nya hehe. 




Memang seronok lah. Bermacam spesies hidupan laut yang ada. Ikan jerung, pari, obor - obor, penyu....macam - macam lah, sampai tak kenal dibuatnya. Dari yang kecil sampai yang sebesar - besar saiznya. Maaf lah kalau gambar kurang menarik dan tak banyak. Sebab kami layan sangat tengok ikan - ikan ni, sampai tak sempat snap. Lagi pun penggunaan flash tak dibenarkan. Lagi pun ramai pengunjung, so rimas pulak rasa asyik snap sana sini heheh 






Budak - budak, orang dewasa semuanya asyik dengan aksi hidupan laut ni. Best sangat. Sebab kita dapat lihat cara hidup spesies lautan ni, habitat dia, pemakanan dia secara dekat. Biasa tengok di tv je kan. Tapi kan ikan yang pandai, asyik pose dan bertepek melekat di cermin Aquaria adalah ikan pari. Lama pulak tu dah la besar. 









Dan yang paling sweet, cute dan rasa nak bawak balik adalah obor - obor. Disebabkan badan dia lut cahaya, jadi dia transparent dengan warna lampu tu. Jadi warna warni. Cute nye, macam nak makan je. So lepas ni boleh la bawak family, anak - anak ke Aquaria, berjalan, happy - happy sambil belajar. ok kan... tiket boleh korang tempah, beli secara online dengan harga RM 46 ( dewasa ) dan RM 35 kanak - kanak di www.aquariaklcc.com

No comments:

Post a Comment

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign