Mak Kata, Saya Anak Bijak

by - August 26, 2016



Indahnya pengalaman bergelar ibu. Tak semua wanita berpeluang merasai nikmat ini, jadi bersyukur dan hargailah ia sebaiknya. Bergelar ibu bukan lah semudah yang disangka, bermula di saat kita mengetahui bahawa kita hamil, dari saat itulah bermulanya episod seorang ibu. Banyak ilmu keibuan yang dipelajari dan dicontohi daripada emak aku sendiri. Melahir dan membesarkan kami 6 beradik bersama abah tercinta. Berperanan sebagai anak sulong, aku lebih mudah memahami dan mempelajari nya daripada emak. Mak Kata Saya Anak Bijak Berjuta nasihat dan pesanan yang selalu Emak Kata pada aku dari sejak kecil, yang sehingga kini menjadi ingatan, tauladan dan panduan untuk aku membesar dan mendidik kedua cahaya mata kami. Sampai sekarang, aku masih ingat... 

Mak Kata ... 
1.Hidup ni mestilah berkasih sayang lah, jangan asyik bergaduh
 2. Ringankan tulang, untuk tolong orang kerana besar pahalanya 

                            

Sehingga hari ini kedua pesan emak itu aku akan ingat sampai bila² dan akan aku praktikkan dan ajar pula pada anak² ku. Adam dan Bella ni jarak usia mereka dalam 3 tahun, jadi lama juga masa Adam bermanja² sebelum lahirnya Bella, pada mulanya dulu Adam agak menjauhkan diri, mungkin rasa diri tak disayangi lagi, tapi bila kami suami isteri, cakap baik² padanya bahawa kami sayangkan kedua mereka, keduanya istimewa. Perlu sayangkan adik, adik pun perlu sayangkan abang. Normal kalau bergaduh kecil tu, nama pun budak² . Tapi kita ibu bapa kenalah pandai pantau dan nasihatkan mereka. Kesemua ini harus dipraktikkan dari rumah, melentur buluh biar dari rebungnya.



Si Adam dah mula bersekolah, jadi dia semakin bijak. Permulaan hati mereka berdua bermula dengan segelas susu Dutch Lady  supaya kekal bertenaga, cergas dan cerdas sepanjang hari. Ia Si Bella yang berusia 2 tahun ada kalanya tidak mampu menyelesaikan sesuatu contohnya menyelesaikan puzzle, membaca dan mewarna... Dengan khasiat susu, didikan, ajaran yang baik, Adam dapat membantu, dan membimbing Bella menyelesaikan sesuatu perkara. Seronok melihat perkembangan mereka, Bella lebih kepada bereksplorasi di usianya berbanding Adam yang lebih berimaginasi. Jangan tak percaya dengan pengambilan susu mampu mebekalkan nutrisi buat perkembangan otak dan fizikal anak2 kerana susu Dutch Lady 4 -Step Nutri Plan dengan 5x DHA , sebab itulah Scha Alyahya pun memberi Lara Alana dengan susu formula Dutch Lady untuk perkembangannya.




Pada korang semua, korang berpeluang menag hadiah menarik tau, jangan lupa untuk sertai peraduan Dutch Lady ' Mak Kata, Saya Anak Bijak ' 
9 pemenang bertuah berpeluang minum petang bersama Scha Alyahya dan Lara Alana dan memenangi sebuah kamera instant. Dan 250 penyertaan mingguan bakal menerima RM50 bermula 1 August 2016 sehingga 30 September 2016.




Cara penyertaan :

Step 1 : Beli mana-mana pek Dutch Lady 650g atau 900g
Step 2 : Hantar pesanan ' Mak Kata ' kegembaran korang bersama foto istimewa anak korang ( 1 tahun ke atas )di www.smartmoments.com.my
Step 3 : Kongsi penyertaan dan hantarkan sebanyak penyertaan untuk tingkatkan peluang untuk menang. Jangan lupa simpan resit belian original sebagai bukti belian.
1. 


You May Also Like

1 ulasan

  1. Mudanyaa mak akk... ena setuju dengan kata2 nasihat mak akk.. ena pun suatu hari nanti jadi mak.. entah la camne keadaannya ekekeke

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish