Aug 23, 2016

Makan Street Churros di IOI City Mall

Siapa sini minat churros ? Pernah viral juga resepi churros ni dulu. Street Churros merupakan cafe yang menjual churros terkenal dari Korea sekarang dah ada di Malaysia tau. Wihuuuu. Lain ke churros dari Street churros ni daripada churros yang biasa ? Of coz lah dik non.... semua bahan - bahan diimport dari Korea. Al kisah dapat undangan untuk perasmian outlet Street Churros di Putrajaya dulu, tapi tak berkesempatan pula nak pergi, duk intai je lah wall blogger yang pergi . Seksa jiwa ...seksa tekak menengoknya haha. lepas tu dan - dan pulak Running Man duk makan Street Churros dalam episod berapa ntah. Terus membuak lah nafsu nak menchurros.




Masuk je Street Churros terus tangkap feeling makan churros di Korea haha. Interior design memang ala Korea sangat. Bersih dan cantik. Staff nya juga mesra. Menu pun banyak pilihan daripada churros hingga minuman. Kat situ boleh tengok staff buat churros menggunakan mesin khas dari Korea.

Churros Cheese



Churros Cheese RM 4.90 dip dengan Cream Cheese RM 1.50 memang heaven sesangat rasanya. Habis 2 batang churros masuk perut. Uniknya churros di Street Churros selain rasanya yang sedap gebu, rangup... bentuknya yang seakan bulat. Cream Cheese tu memang pure rasa cheese. Kalau tak suka cheese ada perasa cinnamon dan choclate. Dip pula ada choclate, blueberry, strawberry.

Choc Latte

Passion Fruit Ade
Minuman kami pesan Choco Latte RM 8.90 dan Passion Fruit Ade RM 7.90. Dua - dua pun best. Semacam tau rasa kopi Korea ni. Lebih umpppphhhh. Macam Passion Fruit ni memang refreshing, siap ada biji - biji nya lagi. Manis masam yang best.


Ah-Chu ChocoChoco




Bagi bebudak, best la dorang sebab di Street Churros, ada dijual churros beserta ice - cream yang pelbagai perisa. Ah - chu ChocoChoco RM 8.90 untuk si Bella. Wah meriah seronok dia makan. Tapi memang puas hati makan churros di Street Churros, memang tak cukup sebatang haha. Nak pergi tak tahu bila, jauh la. Mudahan akan dibuka di tempat lain yang berdekatan. HIDUP CHURROS :P




Street Churros
LG-66A Lower Ground Floor
 IOI City Mall 62500 




6 comments:

  1. Morning... ♥
    sedapnya...
    nnt klu pegi ioi nak singgah laa

    ReplyDelete
  2. wah..besar betul churros tu...kalau coklat sedap!!

    ReplyDelete
  3. salam..
    yaya dtg mai singgh sini.

    amboi..makan xhajak tu...hehe
    dap nye..lom dpt pluang lg nk mkn mende tu..hehe
    mcm sedap je tgok.. ^o^

    ReplyDelete
  4. macam sedapp je.. ramai yang ckp sedap.arghh teringin lak. tpi sini tkdak.

    ReplyDelete
  5. wahhhh sedap kannnnn... nak lg rsenye..

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign