Aug 8, 2016

MENU BARU DI BMS ORGANICS SEMPENA KEMPEN GREEN MONDAY

Siapa kat sini mengamalkan sumber makanan yang organik ? Wahhh bagus tau makanan - makanan organik ni. Sumber makanan organik ni merupakan makanan yang 100 % bebas daripada sebarang bahan kimia, racun serangga, racun perosak dan segala bagai tu. Sebab tu harga produk organik ni lebih mahal berbanding produk industri yang biasa. Sebut makanan organik mesti akan ingat BMS Organics . BMS Organics merupakan rangkaian runcit organik terbesar di Malaysia yang diiktiraf oleh Malaysia Books Of Record. Di BMS Organics segala macam produk berasaskan organik dan mesra alam ada dijual, seperti produk penjagaan kulit, makanan, supplement, minuman serta barangan isi rumah.Baru -baru ini, telah dijemput pihak MBS Organics bagi menjayakan majlis perasmian kempen Green Monday bertempat di BMS Organics , Mid Valley.



Kempen Green Monday ini diadakan bertujuan memupuk dan mendidik masyarakat Malaysia supaya lebih menjaga pemakanan. Bertukar kepada menu makanan yang lebih sihat seperti melebihkan pengambilan sayuran berbanding daging yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi.  Selain menyokong kempen kesihatan global yang bakal tiba seperti Hari Jantung Sedunia, Hari Strok Sedunia, Pink October, Hari Kesihatan Mental Sedunia dan sebagainya. Bila sebut pasal menu sayuran atau organik, semua membayangkan makanan yang tidak sedap, tiada rasa dan tidak menarik, dengan menu yang disajikan di BMS Organics pasti korang akan terkejut, an pasti korang teruja nak mencuba serta tak mustahil akan beralih arah kepada pemakanan yang berasaskan sayuran.

CEO BMS Organics, Terry Lee

Pakar Pemakanan BMS Organics, Tan Sau Pei


Kempen Green Monday serta pelancaran menu sayuran terbaru dirasmikan oleh CEO BMS Organics, Terry Lee serta sesi perkongsian info tentang kepentingan dan kelebihan sayuran kepada manusia oleh Pakar Pemakanan BMS Organics, Tan Sau Pei. Terdapat lebih daripada 60 jenis pilihan menu yang diperbaharui konsepnya. Kesemua menu tersebut boleh didapati dikesemua 19 cawangan restoran BMS Organics di seluruh Lembah Klang. 











Korang rasa ??? Haha menyelerakan kan? Beraneka warna, padahal menu organik dan sayuran je, dah meleleh air lir. Aku paling minat Assam Laksa tu, sedapnya. Lain tau rasa makanan organik ni, lebih fresh dan sedap.



Dessert pun ada. Wahhh best nya. So lepas ni boleh lah cuba menu organic setiap hari Isnin di BMS Organics berdekatan korang. Dan paling best ada Promosi Beli 1 Percuma 1 tau. Dan kelebihan pada ahli, korang akan dapat lebih mata ganjaran bila membeli apa - apa barangan pada hari Isnin. Ohhh kenapa pilih Isnin ? Ye lahhh asyik Monday Blue je kan...dan sepanjang minggu makan tak menentu, so Isnin kenalah cuci dan manjakan perut dengan makanan sihat.More details on www.bmsorganics.com 









No comments:

Post a Comment

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign