Aug 1, 2016

OKTOKIDS KIDS FOOD ART PROGRAM TERBARU DI FISH & CO

Fish & Co memang tak asing lagi buat pencinta makanan laut, khususnya ikan. Berkonsepkan more to casual dan unik kerana hidangan dihidangkan dalam pan atau kuali leper. Bersesuaian dengan tema mereka my seafood in pan Alhamdulillah pada Khamis lepas, kami sekeluarga dijemput ke majlis perasmian dan pelancaran kids food art programme iaitu Oktokids bertempat di Fish & Co, Pavilion




Oktokids merupakan program istimewa untuk kanak - kanak untuk bereksplorasi dan menunjukkan kreativiti serta imaginasi mereka menghias menggunakan bahan makanan atau dipanggil food art Kanak - kanak biasanya bila makan mereka sedikit memilih dan cepat jemu, dengan program seperti Oktokids mereka lebih teruja dan gembira untuk bermain dan menghias makanan dan makan hasil ciptaan mereka





Di program Oktokids, kanak - kanak akan disediakan dengan bahan makanan seperti kepingan seaweed, telur hancur, nasi, sosej dan sayuran beraneka warna serta peralatan menghias seperti acuan, gunting dan sebagainya. Satu meja boleh menempatkan sehingga 6 - 8 orang kanak - kanak.




Food Art by Isabella 

Sebelum memulakan aktiviti food art, kanak - kanak akan dipakaikan dengan penutup kepala serta apron. Cute nya dorang. Alahai anak - anak meragam hari ni, maklumlah baik demam. Si Darwiish tarik diri, ganti denga. si Isabella hehe. Gaya Oktokids dah ada, tapi kan banyak yang masuk dalam perut berbanding di pan haha. Tengoklah hasil kreativiti Isabella hehe. Jangan risau program ini selamat dan diawasi oleh krew Fish & Co






Memang seronok tengok dorang excited bereksplorasi. Ada juga yang tak tahan tengok makanan, dan makan hehe. Dan boleh lihat hasil food art mereka, kreatif kan. Dan diberikan hadiah buat food art yang paling kreatif. Kalau nak tahu, juri untuk pemenang Oktokids adalah dikalangan mereka juga, dengan meletakkan kad undian. Isabella dapat 1 je kad undian hehe. Pemenang utama dapat 4 kad undian. Tahniahhh







Tamat sesi Oktokids, kami dijamu pihak Fish & Co dengan buffet yang enak. Actually ini first time kami makan di Fish & Co. Wahhh memang sedap. Aku paling suka Paella Rice, Grilled Chicken with Peri Peri Sauce dan Fish Fillet with Lemon Butter Sauce Fillet ikannya memang moist, segar dan sedap. Sos tartar pun best, anak - anak suka sos tartar.



Fish & Co sekarang dah lancarkan konsep buffet tau Dengan harga serendah RM 45 per pax. So jangan lupa berkunjung ke Fish & Co merasai kesegaran my seafood in pan dan explorasi anak - anak di Oktokids. Boleh mereka makan sambil bermain dan berimaginasi.



Fish & Co. Pavilion KL
Lot No. C4.02.00
Level 4 Pavilion KL
168 Jln Bukit Bintang 55100 K.L.


Group Booking @ enquiry :
03 - 7887 8717 Sandy

No comments:

Post a Comment

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign