Aug 4, 2016

OPEN HOUSE RAYA 2016 MERIAH DENGAN KELUARGA DAN KENALAN

Alhamdulillah Syawal tahun ni meriah dan rezeki kami buat open house. Rasanya dah 2 tahun kami tak buat open house, sebab masa tu lepas bersalinkan si Isabella. Sekarang anak pun dah besar, so mood nak meraikan tetamu dengan juadah raya tu meriah sikit hihi. Tapi kan open house tahun ni meriah sikit berbanding tahun yang lepas, sebab en.suami jemput 100 orang tetamu. Wahhhh cuak juga nak masak ni. Haah, setiap kali open house memang masak sendiri, tak tempah mana - mana catering. Sedap tu tidak... boleh lah masuk tekak korang




Alhamdulillah ramai yang datang. Terharu pulak bila mak, adik - adik, mak saudara dan ipar duai datang dari jauh meraikan majlis kami. Actually rumah kami comel je, maklumlah apartment je, tapi Alhamdulillah dengan meja tambahan di koridor, tetamu dapat menjamu selera sambil beraya dengan happening hehe. Tahun ni kawan - kawan aku makin bertambah... bestnya. Sebab semenjak join kelab nutrisi, zumba, tadika anak...maka bertambahlah silaturrahim . Start jam 12 tengah hari hinggalah 9 malam.







Menu utamanya, Nasi Hujan Panas, Ayam Masak Merah, Acar. Menu lain ada Lemang, Rendang Daging, Nasi Impit, Kuah Kacang, Spaghetti Carbonara , kuih raya dan Air Strawberry. Alhamdulillah semuanya habis. Tak ada yang terbuang. Dan paling dapat perhatian spaghetti tu. Sampai 4 kali topup kuah dia. Terima kasih pada mereka yang jadir, pada yang tak dapat hadir, biasalah tu hari raya banyak open house. Pada yang tak dijemput...harap dimaafkan ye...kadang terlupa hehe..next time kita jumpa ye.
Selamat Hari Raya

No comments:

Post a Comment

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign