Aug 24, 2016

Pau Cendawan Organik RM10.90 4 Biji

Pau Cendawan kalau tak silap masa bulan puasa baru ni ia mula viral. Resepinya bertalu² netizen share, google dan cuba. Unik kot pau cendawan ni, pau yang rupa macam cendawan dalam nya memang berintikan cendawan dan isi ayam. Wahhh dengar pun dah terliur kan. Tapi masa tu tak rasa teringin nak cuba pau cendawan ni, baru² ni husband ada belikan pau cendawan organik dari kawan satu tempat kerja. Dalamnya ada 4 biji cendawan organik. Tepung, cendawan dan ayam yang digunakan adalah organik, jadi ia lebih sihat dan berkhasiat.




Sambil tersenyum aku belek pau cendawan ni. Serius sekali tengok memang real macam cendawan haha. Kreatif sungguh peniaga sekarang. Besar² pula tu. Ok kononnya besar, macam tak habis lah kan, tak nak membazir katanya, kukuslah 2 biji je... Nak test rasa pau cendawan organik ni... Sekali kukus.... emmmm berebut





Sekali makan je 4 biji pau cendawan tu. Kukus dalam 10 minit cam gitu. Sedap. Dia punya pau tu memang lembut, gebu macam pau biasa, yang corak kat atas macam cendawan tu ada rasa manis² sikit. Inti cendawan butang, isi ayam, lada hitam memang sedap, macam tak cukup inti pulak haha. Tapi jangan risau tak pedas sangat, mild² je pedasnya, bebudak suka makan. Patutlah ramai yang suka, dan cuba buat pau cendawan sendiri, sebab sedap... Lagi sedap kalau pandai buat sendiri, boleh letak banyak mana inti yang kita suka haha.

2 comments:

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign