Aug 8, 2016

PENGALAMAN MASAK BERSAMA CHEF ISMAIL DAN MENANG PENSONIC MULTI COOKER

Alhamdulillah memang tak disangka, berpeluang masak bersama chef selebriti terkenal dan berpengalaman Chef Haji Ismail di Pensonic Raya Merdeka Cook With Chef Season 3 bertempat di West Boulevard, One City Actually terpilih sebagai pemenang utama dari giveaway blogger Mahamahu. Memang exited dan terkinja - kinja masa tu. Dah la berpeluang masak dengan chef hebat dapat hadiah dari Pensonic lagi. Biasa tengok Chef Ismail dari tv je, tak sangka boleh jumpa dan masak - masak lagi yeahuuu 

With Chef Ismail

Seawal 8.30 pagi aku dah terpacak di situ. Ya ampun dah ramai rupanya orang yang mendaftar. Program Merdeka Raya Cooking With Chef ni dah masuk tahun ke 3. Khusus buat pengguna setia Pensonic yang terpilih, pemenang contest, blogger dan media. Wahhh aura positif dapat dirasakan tau . Katanya lebih dari 200 orang peserta. Boleh tengok meja kerja bertemakan warna purple kemas di susun atur. Selesai pendaftaran, kami diberikan sehelai apron beserta no penyertaan untuk ditampal pada apron. Aku dapat no 076 . Wahhhh dah feeling macam masuk audition Master Chef. Dah siap pakai semua, terus ke meja kerja.... wah hari ni kami akan masak menu istimewa Ayam Masak Merah versi Chef Ismail. Dan jangan terkejut, kami akan masak hanya menggunakan Pensonic Multi Cooker tak guna dah dapur gas ni. Kata masak ala chef kan.... harus lah berstyle






Di atas meja dorang dah sediakan bahan - bahan masakan yang diperlukan seperti potongan peha ayam, hirisan halia, bawang, bawang putih, tomato puri, paste penumis, minyak, garam serta gula. Tiada sebarang penggunaan MSG dan sebagainya. Wahhh boleh ke masak ni hehe. Sambil dibimbing oleh Chef Ismail memang rasa having fun memasak. Sebelum memasak tu kami semua ada sesi menari dan regangan oleh Chef Ismail. Katanya nak masak ni kena happy, ada regangan badan baru lah dapat masak dengan happy dan sedap. Dah selesai tu, Chef Ismail akan cek satu persatu, wahhh cuak nya nak kena kritik. Katanya masakan aku ok, cuma perlu tambah air sikit lagi dan biar ayam tu merenih dan masak lagi. Fuhhh lega. Pensonic Multi Cooker ni memang memudahkan kerja memasak. Dengan kadar kepanasan yang boleh diselaraskan kita boleh masak apa sahaja seperti menggoreang, stim, buat pancake dan sebagainya. Cuma nasi je tak boleh masak dalam ni. Pot nya pun tak melekat.Wajib ada ni satu ditumah, tempoh memasak pun singkat je. Yang bujangan tu, tak ada alasan lagi tak memasak hokey hehe . Jom layan selfie masak memasak kah kah kah









Selain Chef Ismail, ramai juga rakan artis yang hadir , ada Ungku Aziz, yang partner Syuk Kumplulan Balas Maharaja Lawak, Amber Chia, Pelakon Gila Bola dan ramai lagi. Dorang ni memasak dengan pemenang contest Pensonic . Actually, masak secara berpasangan, boleh bawa partner, tapi aku solo je hehe. Tu kakak yang masak sebelah meja aku, dia masak cool je dengan suami dia. Yeahhh dapat sebiji Pensonic Multi Cooker, dapat bawa balik 2 tupperware Ayam Masak Merah tadi. Paling berharga kenangan dan pengalaman masak bersama ramai kengkawan dan Chef terkemuka. Terima kasih semua terutama Mahamahu kerana pilih sebagai pemenang. So lepas ni jom kita follow page Pensonic dan Mahamahu, mana tau lepas ni ada banyak lagi contest menarik






4 comments:

  1. wah bestnya dpt belajar masak dgn chef ismail.siap dpt gift lg tu :)

    ReplyDelete
  2. wah bestnya sis ! hehe tahniah ye..

    ReplyDelete
  3. Tahniah.. jue ada multi cooker pensonic masa study dulu.. siap masak nasi goreng dlm bilik. Hahahaha teringat wohh

    ReplyDelete
  4. Tahniah dapat hadiah berganda lagi.... Hehehe nanti join lagi contest kat blog Maha

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign