Aug 2, 2016

SCOTT'S DHA GUMMIES TERBAIK UNTUK TUMBESARAN DAN PERKEMBANGAN ANAK - ANAK

Supplement atau makanan tambahan juga diperlukan oleh kanak - kanak seperti mana orang dewasa. Scott's antara jenama makanan kesihatan tambahan untuk kanak - kanak yang menjadi pilihan majoriti ibu bapa di Malaysia. Scott's didaftarkan dibawah GlaxoSmithKlien ( GSK ) yang merupakan syarikat farmaseutik dan penjagaan kesihatan berasaskan penyelidikan bertaraf dunia. Scott's memang terkenal dengan Scott's Emulsion Cod Liver Oil Sesudu saja ada 100% kandungan DHA. Tapi tak semua kanak - kanak suka kan bau dan rasanya yang agak hanyir selain kesibukan ibu bapa. So jangan risau kerana Scott's hari ini telah memperkenalkan satu lagi produk inovatif bagi membantu ibu bapa memberikan nutrien khususnya DHA secukupnya iaitu Scott's DHA gummies



Sabtu lepas, kami sekeluarga dijemput ke majlis pelancaran dan perasmian Scott's DHA Gummies yang bertempat di Aquria KLCC Memang teruja sebab Scott's selain pelancaran tersebut pelbagai aktiviti yang disediakan untuk ibu bapa dan anak - anak seperti kempen Bright Little Explorers , Discovery Hunt dan Sleep With Sharks dengan kerjasama Aquaria KLCC . Selain memperkenalkan aplikasi Blippar yang boleh dimuat turun di telefon pintar dan sebagainya bagi membolehkan ibu bapa mendapatkan maklumat berkaitan pemkembangan anak - anak selain permainan interaktif untuk anak -anak





Majlis dirasmikan oleh Pengurus Besar GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Malaysia & Brunei iaitu Stacy Wallace serta perkongsian kepentingan DHA dalam perkembangan otak kanak - kanak oleh Dr. Ali Azman yang merupakan pakar kanak - kanak.

So kalau anak - anak kita susah nak makan supplements bentuk tablet atau cecair, boleh lah cuba Scott's DHA Gummies sebab ianya lebih menarik anak - anak kerana ia dalam bentuk gula - gula kenyal dalam 3 bentuk hidupan laut. Giada lagi rasa dan bau hanyir kerana ia dihasilkan dalam bentuk mikrokapsul berteknologi berpaten bagi mengekalkan khasiat minyak ikan tanpa rasa dan bau hanyir. Terdapat dalam 2 perisa iaitu oren dan strawberi. Selain rasanya yang lazar, Scott's DHA Gummies ini dibuktikan kaya dengan DHA ( Acid Dicosahexaenoic) iaitu sejenis asid lemak Omega 3

DHA memang penting untuk tumbesaran anak - anak, bukan sahaja fikizikal malah otak. Antara sumber DHA adalah ikan sepedti ikan salmon. Sangat membantu meningkatkan kebolehan kognitif seperti pembelajaran, ingatan, perhatian dan menyelesaikan masalah. Dengan Scott's DHA Gummies hanya perlu 1 - 3 biji sehari dan mencukupi untuk membekalkan DHA kepada si anak. Ohh ye Scott's DHA Gummies ni sesuai untuk kanak - kanak berusia 4 tahun dan ke atas. Jangan risau kandungan gula dalam gummies ini adalah paling minimal mengikut piawaian kesihatan dunia.



Eh eh kenal tak siapa ni. Azura Zainal pengacara tv yang kuat berceloteh tu. Beliau merupakan emcee majlis ni, manis orangnya hehe. Oh ya nanti tunggu entri khas kami jenjalan dalam Aquaria KLCC tau, teruja gitu, first time lah katakan heheh
Ohhh korang boleh dapatkan gummies ni di ssmua kedai runcit utama, pasaraya, farmasi di seluruh negara .



For more detail :


2 comments:

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign