Aug 19, 2016

TAK JADI BELA HAMSTER

Hamster.... cute apa kalau nak dijadikan pet atau binatang peliharaan. Daripada bujang sampai la dah ada anak dua ni, impian tinggal impian je nak bela si hamster ni. Nak bela iguana ??? Memang tak lah kan... nak bela kucing, takut.... hehe lagipun rumah apartment tak sesuai kot. Nak bela ikan, tak dapat belai - belai... dua alam berbeza gitu. Hamster macam cute je duduk dalam sangkar tum Buat hal sendiri. Anak - anak pun macam excited je masa bawa pergi kedai hamster tu. Ingatkan nak belikan dorang seorang seekor. Tapi sebelum decide nak belu kena tanya Cik Abang... cik abang kata...high maintainance, harga seekor RM29 ikut baka dan saiz, sangkar, mainan, makanan.... boleh tahan harganya haha.



Tapi hasrat nak beli hamster tu kebal lagi haha. So apa gunanya Facebook dan media sosial yang lain kan, so kita tanya kengkawan yang mana pernah bela si hamster ni. Bila baca komen mereka, dan buat research sikit.... emmm mungkin tak lah kot.... cancel bela hamster buat masa sekarang.





Komen dan sharing kengkawan :

- Hamster cepat mati tanpa sebab
- Bau busuk
- Bulu mudah berterbangan
- Cepat membiak
- High maintainance
- Risiko kencing tikus

Bila ada yang usulkan kencing tikus, terus cuak dan terus researh sekejap.... YA memang ada pada tahun 1960-an Virus Papova ditularkan oleh hamster kepada manusia. Penyakit ini sangat fatal dan belum ditemui ubatnya. Penyakit ini disebarkan oleh virus DNS dan menyebabkan tumor dan infeksi ginjal. Penyebarannya melalui urine dengan masa selama 5 - 30 minggu.

Untuk lebih tepat info boleh rujuk pada yang pakar.... pada aku setiap binatang peliharaan mempunyai risiko tersendiri. Tahap penjagaaan kebersihan, perawatan memang perlu tinggi. Tak apa nanti kami tengok hamster dari cermin kedai je hehe. #SayangiHamster :p

6 comments:

  1. bela ikan la okay.. ikan laga pun okay dah tak tinggi maintainancenye.. pilih baka yg elok sikit tahan lama.. haha

    ReplyDelete
  2. kita pernah bela hamster masa zaman dia tgh duk naik.. time tu form 5 kot.. bela la 2 ekor.. dia geget la.. abih gerit bekas dia yg plastik tu.. paling nyampah dia kencing busuk..

    ni kat umah ada2 belaan bebudak ni dah jadi belaan mama.. huwaaa.. kena tukar air ikan laga & kura2 kalo busuk..

    ReplyDelete
  3. rasa hamster ni bau busuk jugak

    ReplyDelete
  4. I have 2 pet hamster masa secondary school, from 2 breed to 63.
    yeah berbau but can mandi hamster, and cage paper need change often.

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign