Aug 12, 2016

TIME FOR TAIWAN , NEGARA PERLANCONGAN MUSLIM FRIENDLY

Taiwan antara lokasi perlancongan menarik yang kebanyakkan ramai tidak tahu. Sama seperti China, Jepun dan Korea ia merupakan negara pelancongan yang mempunyai pelbagai musim yang menarik. Biro Pelancongan Taiwan akan menyertai MITM Travel Fair 2016 pada 5 Ogos, dan di sampingnya melancarkan Program Promosi Pelancongan Taiwan pada 7 Ogos di Tingkat 8, Bilik Westside, The Boulevard – A St Giles Hotel, Kuala Lumpur. Jumlah pelancong luar negara yang mengunjungi Taiwan pada tahun 2015 telah mencecah sepuluh juta orang dan mencapai 1049.9 juta orang yang 43 juta adalah pelancong dari Malaysia; Taiwan berada di kedudukan kelima bagi destinasi melancong dipilih oleh warga negara. Taiwan telah berusaha untuk menawarkan persekitaran ‘Muslim friendly’ yang menarik minat umat Islam untuk mengunjungi Taiwan dan jumlah pengunjung umat Islam sedang meningkat dengan stabil. Zon Taiwan dalam MITM Travel Fair tahun ini akan menyediakan cenderahati yang lumayan serta menghadiahkan pengunjung pameran yang mendapatkan pakej pelancongan dengan hadiah istimewa. 





Chef Dato’ Fazley, juara Masterchef Selebriti Malaysia 2012 juga dijemputkan sebagai tetamu khas dan beliau akan berkongsi tentang sasaran lawatan di Taiwan yang sesuai untuk pelancong Islam pada 7 Ogos di program promosi pelancongan Taiwan. Pada tahun-tahun belakangan ini Taiwan telah berupaya untuk meneroka pasaran pelancongan muslim dengan menambahkan kemudahan surau dan tandas bidet, malahan menggalakkan restoren untuk mendapatkan pengiktirafan halal supaya umat islam dapat melancong dengan lega dan ceria. Kedudukan Taiwan telah meningkat dari kesepuluh kepada ketujuh dalam senarai destinasi bukan Pertubuhan Kerjasama Islam (Non-OIC) Tahun 2016 yang diterbit oleh MasterCard-CrescentRating bersama dengan HalalTrip, ia menunjukkan bahawa Taiwan sedang mengarah sebagai destinasi pelancongan Islam yang indikatif. 







Pelancong Islam boleh menikmati masakan Taiwan yang berenaka ragam, masakan negara asing, masakan Cina mahupun snek-snek yang unik dan enak tanpa risau. Makanan yang enak dan lazat boleh didapati bila-bila masa di restoren, lorong-lorong kecil ataupun pasar malam. Chef Dato’ Fazley telah mengunjungi Taiwan untuk kali pertama pada Mei Tahun 2016 dan beliau berasa makanan yang dijualkan di pasar Taipei seperti Po Bu Zi (Cordia dichotoma) dan Onsen Tamago (telur separuh matang) sangat istimewa, beliau juga memuji perancangan ruang dalam pasar ikan di Taipei yang kemas, cantik dan bersih. “Taiwan merupakan bandar antarabangsa yang moden, selamat dan selesa, rakyatnya juga mesra dan peramah, saya amat terharu apabila ditegur sapa dengan “Welcome to Taiwan,” katanya. Biro Pelancongan Taiwan telah memperbesarkan skala program tahun ini dan sesi taklimat Pelancongan Taiwan akan diadakan untuk menerangkan butiran pada 7 Ogoas di The Boulevard - A St Giles Hotel. Hadiah yang lumayan boleh dimenangi dalam cabutan hadiah seperti ticket pernerbangan, kupon penginapan hotel berbintang dan kupon restoren muslim secara percuma. Biro Pelancongan Taiwan bakal memperkenalkan makanan enik yang lazak, jadual pelancongan untuk membeli belah dan persekitaran yang sesuai untuk melancong di pesta dan program promosi pelancongan Taiwan. Biro Pelancongan Taiwan bukan sahaja mendapatkan keyakinan daripada agensi-agensi pelancongan, pengunjung juga berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan, semoga pelancong Malaysia dapat mengunjung Taiwan dan meninggalkan pengalaman yang gembira dan selesa, Time for Taiwan.



4 comments:

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign