Sep 17, 2016

Celebrating 8th Jungle Gym Anniversary At Jungle Gym Playland, Bangsar Shopping Centre

Celebrating 8th Jungle Gym Anniversary



Musim cuti sekolah kadang pening nak bawa anak² beriadah, outing kan. Tak selalunya dapat balik ke kampung. Baru² ni sebelum balik cuti Raya AidilAdha Alhamdulillah terima jemputan sekeluarga bagi memeriahkan Majlis Ulangtahun ke8 Jungle Gym. Jungle Gym kalau yang belum familiar adalah pusat rekreasi khas untuk kanak² sekeluarga. Sangat interaktif sebab bukan hanya untuk kanak² malah ibu bapa dan penjaga pun boleh turut serta.





8th Jungle Gym Anniversary Party dimulakan dengan penampilan si chubby Gummy Bear diiringi tarian oleh penari dan staff Jungle ym. Super cute sampaikan ibu bapa pun nak joget sama. Si anak² pun bukan main happy. Lepas tu bermula sesi Jungle Animal Catwalk Show oleh kanak² yang ambil penyertaan pakai kostum yang comel² tu. Ada hadiah disediakan tau. Selepas tu acara Fun Games.
Memang meriah bukan Gummy Bear je yang ada tau, lagi meriah dengan Pikachu. Hehe... Siap dengan aku selfie sekali heheh. Tapi serius cakap Jungle Gym antara playland kesukaan anak² aku, dari segi mainan, keselamatan semuanya terjamin dan mengikut piawaian antarabangsa.






365 hari dibuka sepanjang tahun. Sambil anak² bermain kita boleh lepak² di Jungle Cafe, bersebelahan je... Dalam kawasan tu juga, so tak perlu risau. Kalau nak tahu jamuan makan pada hari tu juga disediakan oleh Jungle Cafe yang menyediakan menu western. Sedap dan digemari anak² seperti pizza, hotdog, chicken nuggets, buahan, sandwich dan banyak lagi.






Selain Jungle Gym ada juga Roller Sport Worlds kat sini anak² boleh bermain in line skating / roller blade. Tak pandai main? Jangan risau dengan yuran miniman boleh dapatkan one to one coaching. Antara yang terdapat di sini adalah :

Ball pit
Slides
Crawling tunnels
Trampoline
Air guns
Activity boards 









Dan kalau nak anjurkan sebarang party harijadi, event pun boleh di Jungle Gym dengan pakej permainan, makanan dan tawaran menarik. Sambil berparty, anak² pun boleh bergembira. Jungle Gym ada dua pertama di Atria Shopping Centre dan yang kami kunjungi ni di Bangsar Shopping Centre







JUNGLE GYM
Bangsar Shopping Centre
4 Floor, Bangsar Shopping Centre,
No.285, Jalan Maarof,
Bukit Bandaraya,
59000 Kuala Lumpur, Malaysia

3 comments:

  1. bestnya kalau tempat mcm nih mak ayah pon bleh masuk.. kita hat tringin pon boleh sama naik.. hihihi.. xdak laa malu sgt..

    ReplyDelete
  2. tunggu anak besaq sikit, baru best bawa gi sini.

    ReplyDelete
  3. Bestnya! Ni kalau bawa si kembar pergi, ada yang tak nak balik kot hehe

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign