Sep 22, 2016

Berbaloi Makan Di Charlie's Cafe

Charlie's Cafe antara cafe yang dah lama aku aim.... heheh. Tak sangka diundang ke sesi food review baru - baru ini. Bersemangat lah aku sekeluarga pergi . Banyak menu menari yang ada di Charlie's Cafe tau , katanya owner Charlie's Cafe ni En. Dessany tersangatlah peramah dan pemurah, berasal dari Sabah gitu. Charlie's Cafe berkonsepkan santai dan self serve ...menyajikan comfort food yang membuatkan korang teringat selalu . Lokasi kedai pun ok, senang dapat parking, bersih dan susun atur yang cantik serta suasana yang selesa dan santai....tandas tip top...wifi pun free haha




Kalau dapat lihat didinding Charlie's Cafe terdapat lukisan karekator comel pelbagai etnik Sabah.... wahhh so sentimental value kan.... yang kertas banyak-banyak tu adalah resit sumbangan atau donation daripada pelanggan Charlie's Cafe.... hasil sumbangan ini akan ditukarkan kepada makanan yang akan disediakan dan diagihkan kepada mereka yang kurang bernasib baikoleh pihak Charlie's Cafe

Mata melilau asyik melihat tukang masak menyediakan makanan kami, konsep dapur terbuka membolehkan pelanggana melihat sendiri cara penyediaan makanan disediakan. Kesemua sumber dan bahan masakan adalah dijamin Halal dan dibeli direct dari penyembelih Muslim. Bila ditanya apa menu istemwa di sini.... Terus En.Desonny mengesyorkan untuk mencuba beberapa menu istimewa yang memang menjadi pilihan ramai pengunjung hohoh.



 Charlie's Sarawak Laksa RM 13.90
First time ni nak merasa Laksa Sarawak...pehhh penuh mangkuk uols. Ohhh laksa Sarawak menggunakan bihun kasar dan bukannya seperti laksa biasa. Disediakan dengan Sambal Belacan dan hirisan limau. Kata E. Desonny...bila dah gaulkan semua bahan, harus tambah Sambal Belacan baru lebih kick. Ada udang besar, fish ball, tauhu kering, taugeh dan telur dadar yang digoreng rangup. Rasa memang pure..... ada rasa kekacang dan seafood, kalau nak tahu paste ini dihasilkan sendiri oleh beliau menggunakan bahan asli yang diimport dari Sarawak....wahhhh patutlah fresh dan original





Charlie's Tom Yam RM 8.90
Peminat Tom Yam pasti akan meraung bila makan Tom Yam kat sini. Sebiji macam masakan tukang masak Thai tau. Cukup semua rasa pedas, masam, manis, masin semuanya. Portion sangatlah banyak...dan paling win, bihunnya tak terlajak lembik. Sayuran dan udang
pun tersangatlah fresh.... pekena dengan Iced Lemon Tea...pehhh...ice lemon tea kat sini fresh bukan guna instant powder tu ok.....





Charlie's Curry Laksa RM 8.90
Sebenarnya aku dah serik nak cuba Kari Laksa sebab aku cepat muak...tapi berbeza dengan Charlie's Cafe punya version, serius tak memuakkan.... santan dia tak terlajak lebih kot. Digabungkan dengan 2 jenis mee iaitu mee kuning dan bihu. Sambal tu memang sedap...bila mix, boleh hirup macam gitu je



Charlie's Nasi Lemak Serai Wangi Ayam Berempah RM 9.90
Seriously hanya RM 9.90 siap ada telur mata, acar sayur, kuah kari, keropok dan peha ayam yang besar gedabak. Nasi lemaknya kaya dengan rasa, lembut dan gebu. Ayam pula memang rasa cukup rempah..... sedap hehehe... Bila ada kuah kari tu berkuah sikitlah Nasi lemak kita kan...sambal pun sedap, tak pedas sangat...cuma ayam agak kering sikit




Charlie's Crispy Chicken Chop RM 17.90 ( Black Peper / Cheese ) RM 14.90 ( Mushroom )
Wahhh ada 3 pilihan sos untuk chicken chop kat sini tau. Wahhhh gedabaknya ayam ni, suku pinggan hah. Crispy ya amat...ada rasa rempah ala KFC tu hehe.... side dish pun banya ada kentang goreng berbentuk kiub, comel lah pulak...senang nak makan. Ada coleslow yang super fresh dan rangup. Memang berbaloi dengan harga. Aku suka sos cheese...pehhh pure giler cheese nya...ada gabungan 3 jenis cheese. Yang black peper pun sedap, dan paling intimewa, black peper diimport dari Sarawak...sedapnya...rasa black peper fresh ni....mushroom pun best rasa cendawan shitake yang awesome....my kids suka.   ayamnya berjus...lembut dan fresh 




Musang King Cheese Cake RM 16.90
Bagi kaki desssert macam aku...nak pulak hantu durian....sure korang akan menagis tak mau balik lepas pekena kek paling lari kat sini. Dibuat sendiri oleh isteri beliau, Puan Debra menggunakan durian Musang King original dari pahang...yang dikisar dan diambil patinya. Cheese cake versi Charlie's Cafe istimewa tau sebab kandungan cheese melebihi base huhuhu. Base nya pula bukan sekadar biskut tau....tapi dibuat menggunakan campuran badam juga. Pehhhh kek ni heaven sesangat....rasa durian dan cheese bila bergabung...merecikkk wooo




Charlies' D24 Soft Serve RM 7.80
Yang ni lagi satu desssert menjadi kegilaan ramai tau. Ada yang datang dari Singapore hanya untuk merasa aiskrim durian kat sini. Korang nampak je putih aiskrim ni...tapi bau dan rasanya...teramat durian...rasa macam makan isi durian tau. Katanya ianya hanya campuran pati isi durian D24 bersama susu segar dan gula. Memang 1 cup tak cukup..... korang wajib cuba...
dan sekarang Charlies ada contest tau...boleh dapat D24 Soft Serve ni secara PERCUMA

2) Share this Post and Tag 3 of your Friends 
and Yeah! REDEEM 




#mycharliescafe 

Address :
 29, Jalan Bukit Desa 5 
Taman Bukit Desa 
58100 KL 

Waze to charlie's cafe :

 Whatsapp/ Call :
 012 816 0003 

Operating Hours :
 Mon-Sat 8am -930pm

1 comment:

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign