Sep 2, 2016

FISH & CO. Birthday Party Official Launch

Fish & Co. memang tak asing lagi buat penggemar seafood. Fish & Chips, Grilled Seafood, Fried Calamari the best in town. Fish & Co. memang menjadi pilihan ramai, bukan sahaja menu istimewa yang ditawarkan malah, servis, promo menarik yang disediakan. Kalau sebelum ini Fish & Co. Pavilion menganjurkan Octokids Program khusus untuk kanak² bereksplorasi dan berimaginasi dengan makanan, baru² ini pada 27 August yang lepas, Fish & Co. telah melancarkan Birthday Party secara rasmi dengan kerjasama DayOne birthday party planner. So lepas ni boleh korang raikan hari jadi, majlis korporat, perkahwinan atau sebarang event besar atau kecil-kecilan di Fish & Co.




Fish & Co. birthday party tersebut bertemakan Nautical. Sangat unik dan menampilkan kelainan. Berbeza dengan tempat lain, di Fish & Co. anak² berpeluang menerokai dan merasai pengalaman baru dan menarik. Hiasan bertemakan Nautical yang begitu unik dan menari, ada kapten, lanun, anak kapal, harta karun dan sebagainya. Sebelum berparty kami sekeluarga berpossing dulu haha.





Makanan disediakan secara buffet. Pelbagai jenis hidangan disediakan seperti Grilled Chicken, Fish & Chips, Chicken Nuggets, Pizza dan banyak lagi. Sememangnya lazat dan menyelerakan. Anak² memang teruja nak celebrate birthday party, sebab dorang excited tengok kapten yang cun melecun tu heheh






Selesai makan, bermulalah aktiviti birthday party untuk si kecil. Memang menarik, biasanya kalau birthday party anak² just main musical chair, enjoy goodies dan coklat, tapi di Fish & Co.ereka berpeluang menjadi kapten, anak kapal dalam misiencari harta karun. Anak² dibimbing oleh kapten kapal yang akan memberi arahan. Anak² akan bergerak dalam 2 kumpulan bagi menyelesaikan misi. Di sini dapat mewujudkan sifat tolong menolong, persahabatan, dan berusaha untuk mencapai sesuatu target.




Antara permainan dan task menarik untuk dimainkan oleh anak² adalah seperti, Captain Hook Ring Toss, The Naughty Octopus Pirate, Pirate Candy, Pirate Sharkey dan banyak lagi. Mereka perlu menyelesaikan misi bagi mendapatkan syiling emas dan harta karun di akhir permainan.






Selesai permainan, ada sesi memotong kek. Comelkan kek tu. Seronok anak² dapat bermain, bereksplorasi sesama mereka. Satu pengalaman baru yang menerujakan. Jangan bimbang, semasa sesi anak bermain, mak bapak boleh bersantai², lepak², makan² ditepi. Anak² selamat bermain diruangan khas dan diawasi staff yang ramah dan mesra. Fish & Co. antara lokasi birtday party atau sebarang event yang menarik untuk dicuba. Rasai kelainan dan keistimewaannya sendiri . Boleh hubungi  

Miss Sandy at 03-78878717 atau email enquiry@fish-co.com.my untuk info lanjut 


Fish & Co. Pavilion KL
Lot No. C4.02.00 Level 4
Pavilion KL 168
Jln Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur

1 comment:

  1. sakan anak-anak oii...mmg sedap la fish and chips dorang..hehehe

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign