Sep 20, 2016

Gentlemen’s Tonic Barbershop & Spa Ekslusif Untuk Lelaki

Gentlemen’s Tonic Barbershop & Spa

Siapa kata hanya kaum wanita yang mementingkan penjagaan rambut, badan dan penampilan. Kaum lelaki juga tau. Kebiasaanya kaum lelaki lebih suka merapikan rambut, misai, jambang semua tu di kedai gunting biasa sebab malu, segan nak ke salon mahupun spa, ye lah…. Disana nanti semua staff adalah wanita, sure dorang segan kan, kita pulak rasa menyirap je, pasangan kita di layan staff wanita haha. Terutama kita yang Muslim ni, kena jaga hubungan mahram. So lepas ni tak perlu risau kerana di Gentlemen’s Tonic Barbershop & Spa bukan sahaja perkhidmatan potong rambut yang disediakan malah terdapat perkhidmatan seperti grooming, lifestyle, spa yang disediakan khas untuk lelaki.


Gentlemen’s Tonic Barbershop & Spa ini terletak di Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur dan merupakan rangkaian pertama di Asia selepas ( Mayfair ) London, Abu Dhabi, Dubai, Hong Kong, Mexico dan New Delhi. Wahhh memang rezeki En.Suami sungguh dapat rasai pengalaman berdandan di barbershop & spa bertaraf antarabangsa. Servis yang ditawarkan kepada En.Suami adalah Haircut Finish dan Tradittional Wet Shave. Teruja lah si dia sebab keesokkannya nak menyambut Raya Haji. Wahhh bergaya sakan lah ye.


Dari luar memang Nampak mewah, maskulin sangat Gentlemen’s Tonic Barbershop & Spa , bertemakan warna hitam dan putih. Sebaik sahaja pintu dibuka, kami disambut oleh para barber yang tinggi lampai, hensem lagi kacak dan kemas serta receptionist yang ramah lagi mesra. Hiasan dalaman memang teratur, ekslusif, mewah dan classic bertepatan dengan servis yang ditawarkan iaitu potongan rambut gaya tradisional dan terkini. Sebelu memulakan sesi haircut, shave semua tu, pelanggan  harus mengisi dan menantangani boring sebagai rekod.




Sebelum rambut En.suami dipotong, rambut dicuci dulu oleh barber yang professional menggunakan shampoo khas keluaran Gentlemen’s Tonic yang pernah mendapat Award Barbassu & Bergamot 2008. Apa yang best dan berlainan dari barbershop dan spa yang lain, kesemua produk disini bebas daripada bahan berbahaya seperti paraben, bahan kimia, bahan sintetik, sumber haiwan dan sebagainya. Jadi tak perlu risau ok. Dijamin selamat digunakan. Selepas tu baru lah boleh bagi direction untuk barber, bagitahu gaya potongan rambut yang korang inginkan. Barber juga akan memberi pendapat dan cadangan sekiranya korang blur nak nampak kacak yang macam mana haha. Kalau nak tahu Gentlemen’s Tonic Barbershop & Spa sering dikunjungi para artis tau selain pelancong, dan kalau terlajak segan lagi, atau nak lebih privacy boleh book vip room. Kalau bawak anak-anak, wife jangan risau….dorang boleh santai-santai di ruangan menunggu… sambil main pokemon sebab wifi kat sini pon free dan laju hahah selain ada minuman disediakan. Cuma kalau kurang fasih berbahasa Inggeris tu, rumit sikit kot sebab semua staff disini hanya fasih berbahasa Inggeris,





Sebelum dan selepas hahah


Senarai harga dan pakej

Kalau dikedai biasa, macam risau je tengok barber guntingkan rambut, tapi di sini boleh tengok sendiri skill barber yang pro ni bekerja di samping peralatan yang bersih, selamat dan cberkualiti. Kalau cik abang nak buat facial, , massaging, waxing pun ada tau…cakap je nak macam mana. Puas hati kata En.Suami…selesa..santai dan potongan rambut yabg rapi, kemas dan bersih serta barber yang baik melayan permintaan pengunjung. Selain daripada servis pemotongan rambut, spa, grooming semua tu, korang boleh beli perfume, facial set, haircare dan banyak lagi. Boleh lihat senarai harga dan pakej yang ditawarkan oleh Gentlemen’s Tonic Barbershop & Spa , kalau nak kacak, maskulin terlajak…boleh lah ke Gentlemen’s Tonic Barbershop & Spa .

 


Gentlemen's Tonic Solaris Dutamas
 D5-G3-03 Publika, 
Solaris Dutamas, 
No 1, Jalan Dutamas 1, 
Kuala Lumpur 


Tel: +603 6412 8660 
( 10 pagi - 9 malam)

Web :

Facebook :

Instagram :



No comments:

Post a Comment

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign