Sep 1, 2016

HARUM MALAM Hilangkan Bau Badan & Menyihatkan Wanita

Harum Malam bagi aku unik kerana supplement ni lain dari yang lain. Harum Malam diformulasikan bagi menjadikan kita kaum wanita kekal wangi sepanjang masa dari dalaman hingga luaran. Kalau body cantik, muka cun... tapi badan hapak ??? Korang rasa cik abang geli tak hehe. Sebenarnya masalah bau badan ni, bukan saja menjadi masalah pada kaum lelaki, malah kaum wanita lebih terdedah kepada masalah bau badan. Masalah bau badan ni berpunca dari dalaman badan, disebabkan peluh yang bercampur dengan bakteria yang menyebabkan bau kurang enak. Kebiasaannya dari ketiak, kaki dan vagina. Selain tidak menjaga kebersihan, masalah bau badan juga disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat seperti pengambilan makanan yang berbau seperti petai , bawang putih, daging merah dan sebagainya. Setakat pakai deodorant, perfume, masalah bau badan ni hanya dapat disembunyikan pada masa yang singkat. Supplement dalaman  seperti Harum Malam sangat diperlukan bagi membantu mewangikan badan dari dalaman hingga luaran disamping mrnjaga kesihatan dan kecantikan  dari dalaman hingga  luaran.




Sejujurnya ini kali pertama aku mengambil Harum Malam sebagai supplement. Rasa teruja sebab fungsinya yang lain daripada yang lain. Tambahan pula banyak sangat kebaikan dan khasiat yang bakal dirasai bukan hanya badan menjadi segar dan wangi. Bagi ibu yang melahirkan macam aku, memang kami serius nak menjaga dalaman dan luaran tau... Untuk diri sendiri dan yang tersayang. Eh bukan golongan mak² je yang boleh amalkan Harum Malam ni malah boleh diamalkan oleh :

  • Wanita sudah berkahwin dan anak dara dan semua peringkat umur
  • Ibu yang berpantang / menyusukan anak
  • Wanita yang mempunyai masalah bau badan / keputihan
  • Tidak boleh diminum oleh ibu mengandung





Salah satu sebab aku mencuba sendiri Harum Malam kerana ianya diperbuat daripada herba dan bahan semulajadi, selamat diamalkan serta dapat pengiktirafan GMP serta 100% buatan bumiputera Muslim. So bolehlah kita cantik, sihat dengan cara yang selamat dan Halal.

Ramuan Harum Malam :

Sirih
Merawat masalah keputihan dan bau yang kurang enak di bahagian intim

Buah Tin
Meningkatkan tahap metabolisme badan, mengurangkan kolestrol, menyihatkan badan dan mencegah serangan jantung koroner

Madu
Melembutkan kulit, memberikan tenaga dan stamina, membasmi bakteria dan menyembuhkan luka, mengurangkan masalah jerawat dan menyihatkan tubuh.

Kismis 
Menguatkan gigi dan tulang serta kaya dengan Vitamin C. Memberikan tenaga dan menguatkan daya ingatan

Strawberi
Anti-oksidan, melambatkan penuaan swrta melancarkan sistem penghadaman. Selain merendahkan tekanan darah dan menyihatkan jantung

Buah Goji
Kaya dengan kalium, natrium, fosforus, zat besi, magnesium, dan zink untuk metabolisma tubuh badan dan memberikan tenaga

Limau Purut
Kaya dengan asik sitrik dan membantu mengekalkan kelembapan kulit. Juga membantu mencegah bau badan. Selain, merawat luka dan melancarkan peredaran darah

Pueraria Marifica
Mengurangkan garis halus pada wajah (anti-penuaan). Membantu merawat masalah rahim wanita, masalah keputihan, memberi tenaga dan melangsingkan tubuh

Kayu Serapat
Mencantikkan kulit, mengukuhkan otot badan dan melancarkan peredaran darah

Buah Delima
Kaya dengan kalium dan zat tanin. Berfungsi sebagai anti-oksidan, membasmi bakteria dan melancarkan sistem pencernaan tubuh

Peurarea Lobata
Membantu merawat masalah seperti migrain, jangkitan bakteria, tekanan darah tinggi dan melancarkan peredaran darah

Manjakani
Membasmi bakteria dan mencegah bau di bahagian intim

Daun Senna
Merawat masalah sembelit, mengalakkan pertumbuhan sel baru dan melancarkan peredaran darah




Harum Malam adalah produk original keluaran Millenial Gen Sdn Berhad. Sebelum beli, pastikan yang Harum Malam tersebut adalah yang original dengan ciri² seperti yang dinyatakan. Sebab sebelum ini pernah jadi isu tentang produk klon atau palsu. So kalau korang nak rasai khasiat Harum Malam yang sebenar, pastikan ianya original.




Cara pengambilan Harum Malam sangat mudah hanya 2 sudu sehari. Seperti yang disyorkan, boleh ambil sesudu Harum Malam sebelum sarapan dan sesudu sebelum makan malam. Dan biasalah , kena banyakkan minum air kosong bagi menampakkan kesan yang optimum. Dan jangan lupa guna sudu plastik semasa mengambil Harum Malam bagi mengekalkan khasiatnya. Kemudian simpan dam peti ais. Warnanya menarik sangat, macam bunga ros, macam ekstrak strawberi pun ada. Baunya memang wangi, dapat bau madu, buah tin, manjakan...memang sedap, fresh je. Rasanya pun sedap, manis² ala kurma gitu. Dan pada yang berdiet tu jangan risau sesudu Harum Malam hanya mengandungi 6kcal sahaja.

Alhamdulillah dalam masa lebih kurang 2 minggu aku amalkan Harum Malam, memang dapat rasa kesannya. Macam sekarang bangun pagi memang dah tak sakit² belakang, segar je. Dan yang paling balik zumba, erobik badan tak adalah berbau sangat hehe. Dan banyak lah khasiatnya lagi kalau diamalkan selalu antaranya :

  • Mewangikan, menyegarkan dan menyihatkan badan
  • Menegangkan payudara serta mengencangkan otot
  • Mencantikkan serta menaikkan seri wajah
  • Merawat keputihan dan kegatalan, bau busuk di bahagian intim
  • Menambah tenaga serta tahap seksual
  • Menurunkan kadar stress
  • Meningkatkan antibodi dan kadar metabolisme
  • Melancarkan peredaran darah





Pada remaja atau anak dara yang ada masalah senggugut, keputihan dan period tak teratur tu, aku syorkan cuba Harum Malam sebab dah banyak feedback dan testimoni berjaya merawat masalah tersebut. Antara testimoni yang dikongsikan. Boleh klik link dibawah untuk sebarang info lanjut, pertanyaan mahupun belian. Harum Malam dijual dengan hanya RM 33 (sm) dan RM 39 (ss) untuk 250ml tidak termasuk kos penghantaran.



Millennial Gen Sdn Bhd

Web :

Facebook :

Instagram :

3 comments:

  1. hahamboiiii dia...makin gebu gebas la lepas ni! hihihi

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign