Sep 27, 2016

Hi-Tea Party With Datuk Stella Chin ( Kebahagiaan Yang Kutahu)

Peluang menyertai majlis hi-tea bersama Datuk Stella Chin baru² ini bukanlah hanya sekadar majlis hi-tea biasa²....dari Datuk Stella hinggalah ke setiap perkongsiannya semuanya penuh dengan input,  tips dan sedikit sebanyak ulasan tentang buku hasil penulisan terbaru beliau iaitu Kebahagiaan Yang Kutahu


Majlis disertai beberapa blogger bertuah dan para jemputan vip yang lain,  dengan hidangan manisan yang super cute,  sedap di StarLadies.  Semuanya berkonsepkan pink dan putih.  Siapa Datuk Stella Chin? 



Serius... Sebelum terima jemputan ni,  memang tak pernah mengenali beliau,  rupanya beliau merupakan pengasas StarLadies yang juga seorang rakyat Malaysia berasal dari Melaka yang sudah berjaya dimata dunia di dalam bidang perniagaan,  pemasaran dan sosial.  Banyak anugerah yang diperoleh Datuk Stella bertaraf antarabangsa dengan usahanya sendiri sehingga diberikan gelaran Datuk. Antara pencapaian tertinggi Datuk Stella adalah dianugerahkan :

  • Anugerah Sepuluh Usahawan Wanita Cina Paling Cemerlang Di Dunia ( 2007 )
  • Anugerah Stevie Amerika ( 2015 )
  • Anugerah Diamond Berkualiti  Tinggi Antarabangsa 

Buku Kebahagiaan Yang Kutahu adalah buku versi bahasa Melayu selepas kejayaan penjualannya dalam bahasa Cina.  Supaya orang Melayu,  India dan semua dapat membaca perkongsian,  tips kejayaan beliau bertepatan dengan impian beliau yang suka berkongsi dan membantu orang lain.  Buku ini juga merupakan antara buku terlaris di pasaran dan toko buku di Indonesia menceritakan bahagaimana Datuk Stella mengimbangi kehidupannya dalam kerjaya dan keluarga dengan berpegang kepada konsep Bahagia. 

Perkongsian dari Datuk Stella


Sesi tandatangan buku Bahagia Yang Kutahu
oleh Datuk Stella

Dari dekat mengenali Datuk Stella Chin,  jangkaan sebelum ini memang meleset,  ingatkan beliau seorang yang dingin,  dan tak mesra tapi sebaliknya,  manis dengan senyuman,  ramah,  friendly dan suka bergaul dan sememangnya cantik....patutlah Datuk Alan Wong sangat menyayangi beliau. Selain sifat suka membantu dan berkongsi kesenangan dan kegembiraan dalam bentuk kewangan,  dorongan dan bimbingan bukan hanya di Malaysia,  Thailand,  Indonesia malah di Taiwan. 



Di dalam Kebahagiaan Yang KuTahu,  Datuk Stella yang juga pengasas StarLadies iaitu organisasi dalam membantu dan memajukan kaum wanita ini berkongsikan kisah suka duka, perit jerih beliau dalam mencapai kejaayaan. Bermula dalam keluarga yang susah,  membantu ibu menjual mee,  menghantar buah ke rumah pelanggan sehingga bekerja dengan pendapatan besar.... Seterusnya menjadi pengasas StarLadies dan Melilea jenama antarabangsa.  Banyak keperitan,  kesusahan,  kemanisan dalam perjalanan Datuk Stella yang boleh kita jadikan panduan,  ikhtibar untuk terus maju selain tips dan formular kebahagiaan daripada beliau. Nilai kekeluargaan yang menjadi tunggak utama untuk kejayaan.  Boleh dapatkan buku penulisan Datuk Stella Chun,  Bahagia  Yang Kutahu di kedai buku seluruh Malaysia dengan hanya RM 39.90



3 comments:

  1. Buku yang bagus untuk dimiliki dan dibaca..

    ReplyDelete
  2. mama, gmbr kita tu nk dptkan dr mana..

    ReplyDelete
  3. Buku ni mmg semua wanita kena ada...sebabnya dalam ni ada banyak sangat tips dan cara macam mana kita nak jadi seorang wanita yang serba boleh dan yakin diri! Setiap keinginan, kemahuan, inspirasi, transformasi, kejayaan, masa dan segalanya berkait dengan tips kehidupan seorang wanita ada dalam ni..

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign