Sep 22, 2016

Makan-makan Sempena 6th Wedding Anniversary Di Restoran Beriani

Makan-makan Sempena 6th Wedding Anniversary Di Restoran Beriani
Baru-baru ni Alhamdulillah genap usiah pernikahan kami untuk ke 6 tahun kalinya. Biasanya tahun sebelumnya mesti diraikan dengan kek, tak kisahlah besar ke kecil, murah ke mahal, makan di luar atau di rumah. Tapi kali ni sweet nya tahun ni tak ada kek pun hehe. Usha punya usha tak berkenan pula mana-mana kek. Tapi Alhamdulliah E.Suami belanja makan makanan yang lain…kira celebrate juga lah ni…..




Kali ni En.Suami teringin makan Nasi Beriani Gam…malas nak jenjalan jauh, so kami pergi amakan-makan di Restoran Beriani di Aeon Anggun Rawang. Tak silap masa bulan puasa 2 tahun lepas pernah makan di sini tapi tak cuba Nasi Beriani hehe

Carbonara Pasta

Nasi Beriani Gam Kambing

Nasi Beriani Kambing



Harga boleh tahan…. Aku order Nasi Beriani Kambing… Rm16.90 En.Suami Nasi Beriani Gam Kambing Rm19.90…anak-anak makan Carbonara Spagetti…Air aku…3 Layer Tea, yang lain Iced Lemon Tea dan Sirap . Beza Nasi Beriani dan Nasi Beriani Gam adalah Nasi Beriani kari kambingnya diasingkan dari nasi… Nasi Beriani Gam pula…daging dan segala rempah dicampur semua dalam nasi. Bagi aku best Nasi Beriani lagi heheh sebab aku suka banyak kuah…tapi hampa…daging kambing tak betul-betul lembut…. Liat jugalah…rasa dah ok dah huuuu  Layer Tea aku pula memang jauh dari rasa kauuuu kalau minum di kedai mamak….kat sini air gula tu terlampau kuat sampai tak timbul rasa the…tapi habis juga ku minum… Mahal katanya hahaha.

Carbonara tip top…walaupun dressing ala Melayu hehehe…siap ada daun bawang dan lada besar. Tapi serius sedap… pekat, cheezy…banyak udang…pasta kenyal…pehhhh berebut jugalah kami…. Alhamdulillah kenyang sudah…terima kasih En.Suami belanja… murah rezeki awak lagi nanti…Amin

6 comments:

  1. dlu2 pernah mkn beriani gam tp lupa camne rasa haha...3 layer kt restoran standard la mhl hehe

    ReplyDelete
  2. harga pon standard la kan.. boleh tahan tengok ni

    ReplyDelete
  3. Boleh letak dalam list nanti.. sedap pulaa tengok beriyani tu.. nyummm!

    ReplyDelete
  4. Takpa MD..sekali sekala makan menu mahal..

    ReplyDelete
  5. Selamat ulang tahun perkahwinannya yang ke enam. semoga berkekalan sehingga ke jannah. AMIN~

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign