Sep 6, 2016

Melaram Dengan FreshKon Colors Fusion

Contact Lens rasanya masa bujangan dulu jarang pakai. Cuma kerap beli cermin mata baru walau tak patah. Sekejap bingkai grey, brown, putih, merah, hitam, bulat, petak semua ada, Bila dah berkeluarga, ada anak ni semangat nak bercontact lens membuak2 haha. Mungkin sebab factor usia kekek, atau sebab anak selalu dok gagau spek mata. Biasanya aku pakai lens jenama Aquvue sebab memang selesa dengan mata ni. Tapi kali ni cuba jenama FreshKon Colors Fusion. Harnya lebih kurang je Aquvue dalam RM50 cam gitu untuk sepasang, mothly punya. Ohh pada yang tak biasa, contact lens ni ada untuk penggunaan harian dan bulanan. Maksudnya yang daily tu, kita boleh guna hanya sehari, besok kalau nak pakai kena pakai yang lain. So ia lebih hygiene tapi agak mahal. Boleh lah kalau jenis yang nak melawa pergi kenduri, jenjalan tu, So pada yang nak pakai buat jangka masa panjang, contoh nak bekerja, belajar…boleh guna yang monthly. Boleh guna pakai selama sebulan. 


Warm Hazel -2.75 (power)

Kebiasaannya beli contact lens yang color natural, macam hitam, dark grey. Tapi kali ni teringin nak mata terlajak Mexico haha, kita beli FreshKon Color Fusion, Warm Hazel. Mulanya nak beli yang kebiruan tapi tak da stok pula. So bila dah pilih jenama, color yang berkenan, kena bagitahu staff tu, power spek kita, kalau takde power atau tak rabun, rasanya harga lebih murah kot. Macam aku power kiri -2.75 dan kanan -3.00 kalau nak selesa kena beli 2 kotak berasingan haha…mahal la, kena beli 2 set sebab setiap kotak…disertakan sepasang lens yang sama power. Macam biasa aku beli yang sama je. -2.75 atau -3.00 FreshKon punya lens aku perasan design dan warnanya agak cantik. Ohhh kalau korang nak effect mata ala barby doll boleh beli yang big eyes…so anak mata Nampak besar gitu.


Wearing FreshKon Colors Fusion Warm Hazel
Lagi satu lens FreshKon ni lembut je sebab mengandungi 45% kandungan air, kadang tu susah nak keluarkan dari bekas hehe. So be carefull ye masa nak mengendalikkannya…takut terkoyak atau rosak. Tapi best mata tak kering, gatal, merah atau tak selesa. Tersuka la pula dengan warna ni, ingatkan dark sikit…tapi amboiiii…. Hehe. Encik Abang pun duk puji, cantik katanya… kan…. Oh ya…. Sekadar nasihat, kalau nak beli contact lens pastikan beli dari kedai optic, mudah untuk kita refer, tanya atau dapatkan nasihat professional dan jenama yang dijual semestinya dijamin berkualiti dan selamat. Jangan kerana nak murah, nanti bawa risiko pada mata kita. Selain penjagaan dan pemakaian lens dengan bersih dan betul. Jangan lupa beli sekali dengan Lens Solution untuk mencuci lens, nanti disertakan sekali bekas untuk simpan lesns. Nanti kita share cara penggunaan dan penyimpanan lens ok.

6 comments:

  1. dulu rajin guna freshkon...color memang cantik2 belaka...suka pakai warna grey and coklat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kaler dia mmg cun... Berjam nak piliha hehe

      Delete
  2. Eh! power Mrs. A 3.75 lebih sikit dari MD
    Mrs. A pun tengah guna color lense freshkon sekarang cos last month nak beli yang clear Aquvue takde stok untuk power 3.75.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kalau x de stik mmg mls nk tggu, grab je kaler apa yg ade stok kan.... Ni pon kiri kanan lain² power nya hehe

      Delete
  3. Kebetulan sama plak kaler yg kita beli dgn Mama Darwiish (^^,)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantikkan, x sangakah cerah beni kaler nye heheh

      Delete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign