Sep 13, 2016

Nescafe Gold Blend Barista Review

Nescafe memang dah menjadi pilihan penggemar gemar seluruh dunia. Dengan 75 tahun dan kepakaran menghasilkan kopi berkualiti, beraroma dan disukai ramai. Kini Nescafe telah mengeluarkan dan memasarkan sebuah lagi rekaan terbaru mesin kopi dengan menggunakan teknologi terkini iaitu Nescafe Gold blend Barista Machine baru-baru ini. melalui Involve Asia. Terdapat 5 pilihan kopi ala café yang boleh dinikmati oleh penggemar kopi dengan hanya satu sentuhan butang / button Nescafe Gold Blend Barista Machine ini. Maklumlah sekarang, kebanyakan penggemar kopi sukakan kopi ala café yang lebih unik, menarik, berkualiti dan tentunya enak. Kini semuanya boleh dinikmati di pejabat mahupun rumah. 




 Nescafe Gold Blend Barista simple dan praktikal nak guna. Memang best. Saiznya pua comel. Ada 4 part je untuk dibuka dan pasang kalau kita nak bersihkan. Tiada enggunaan sebarang skru tau. 

part Nescafe Gold Blen Barista

Nescafe Gold Blend Barista yang kini boleh dibeli di Lazada (with link) dengan tawaran harga menarik memenuhi citarasa penggemar kopi dan bakal dijual di http://www.lazada.com.my/nescafe-barista/ pada 14 September iaitu dengan harga hanya   RM239 for Nescafe Barista Machine + 1 Nescafe Gold Blend 200gm Jar + 1 Nescafe Gold Blend Refill Pack   mesin ni rasa macam barista di café pula haha. Kalau nak tahu, ianya mendapat permintaan besar di pasaran Jepun. Ada dua pilihan warna iaitu Black dan Black & Red. Cantik sangat rekaannya yang super cute, comel tapi multi function. Saiznya yang sangat comel, senang untuk kita tempatkan di dapu mahupun ruang makan, iaitu 17.6cm x 28.5cmx35.9cm. Setiap pembelian nescafe Gold Blend Barista machine disertakan denganset lengkap mesin kopi, manual , penyukat krimmer / susu serta Nescafe Gold Blend. Antara jenis kopi yang disyorkan untuk penggunaan mesin ini adalah, Nescafe Gold Blend Barista Style, Nescafe Gold Blend atau Nescafe Gold Blend Decaffeinated kerana kopi yang dihasilkan lebih beraroma, ber crema, layer yang cantik selain teksturnya yang sesuai untuk di proses oleh mesin ini. Antara ciri istimewa Nescafe Gold Blend Barista Machine : 


5 jenis kopi dari Nescafe Gold Blend Barista
  • Lima pilihan kopi ala café iaitu Espresso, Lungo, Americano, Capuccino dan Latte Macchiato dengan hanya satu sentuhan butang / button 
  • Boleh buihkan / foam kan buih yang lembut dan halus tanpa perlukan frother berasingan untuk buat kopi Capuccino dan Latte Macchiato dengan cepat 
  • 15 bar pump dengan tekanan ekstra sama seperti mesin kopi professional bagi menghasilkan kopi yang halus, berkualiti dan lebih beraroma dan berkrim. 

Memang mudah sangat menggunakan Nescafe Gold Blend Barista Machine , boleh nikmati kopi kegemaran kita tak sampai 1 minit heheh. Cara penggunaa sangat mudah. Untuk penggunaan kali pertama adalah seperti di bawah, akan ada proses bilas / rinsing mesin tu. Lepas tu boleh guna macam biasa. 

Penggunaan kali pertama / rinsing : 
  • Penuhkan container dengan air paip / masak, dan letakkan kembali pada tempat asalnya dan pasangkan plug 
  • Tekan butang ON, dan tekan butang Espresso dan air akan mula keluar, manandakan proses rinsing dilakukan. Dan kesemua butang akan kelihatan lampu hijau menandakan mesin boleh digunakan 


Cara menyediakan kopi : 
  • Pastikan air di dalam container sentiasa ada 
  • Masukkan Nescafe Gold Blend Barista ke dalam bekas kopi, tutup kemas dan masukkan ke tempatnya semula sehingga bunyi CLICK !!! 
  • Untuk black coffee paling mudah, Espresso, Lungo dan Americano, just tekan butangnya dan akan keluar kopi yang diinginkan 
  • Untuk white coffee macam Capuccino dan Latte Macchiato, perlu tuangkan susu atau krimmer 50ml Capucinno dan 60ml untuk Latte Macchiato.pilihan kedalam cawan sebelum letakkan cawan dan tekan butang yang bersesuaian. 





Espresso, Lungo, Americano

Cappucino , Latte
Kesimpulannya Nescafe Gold Blend Barista Machine memang terbaik, bukan sahaja kopi yang dihasilkan sangat beraroma, berkualiti, berkrim dan sedap malah menjimatkan wang, dan masa. Hanya 190g Nescafe Gold Blend Barista dapat menghasilkan sehingga 85 cawan kopi berbanding mesin yang menggunakan kapsul. Selain rekabentuk yang menarik, warna yang elegan, saiz yang comel dan harga yang mampu dimiliki ramai. Dan yang paling penting, komponen yang mudah dipasang serta dibersihkan.





3 comments:

  1. dh mcm kt cafe hipster dh tgk air yg di buat sdiri ni...ari2 bole minum pd pencinta nescafe

    ReplyDelete
  2. bestnyeee .. adui kalau ada di rumah mau ulang minum

    ReplyDelete
  3. bestnya dpt machine ni.Ika hari2 minum kopi. sedap bau kopi

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign