Sep 26, 2016

Pek Fleksi SAFI SHAYLA Lebih Fleksibel

Seharian bertudung / berhijab memang akan membuatkan kulit kepala kita lebih berpeluh dan terdedah kepada pemasalahan rambut dan kulit kepala.  Tanpa penggunaan syampu yang sesuai... tak mustahil masalah seperti resangan kulit kepala,  kelemumur,  rambut kering,  bercabang dan sebagainya mudah berlaku.  Dengan Safi Shayla pasti buatkan korang tersenyum kerana rangkaian syampu daripada Safi Shayla adalah istimewa diformulasikan untuk wanita bertudung / berhijab dengan rumusan utama iaitu Habatus Sauda. Sememangnya ramai yang mempercayai syampu Safi Shayla,  dan kini Safi Shayla telah memperkenalkan Safi Shayla Pek Fleksi yang lebih inovasi. 


Safi Shayla Pek Fleksi adalah lebih fleksibel untuk penggunanya.  Didatangkan dengan pek yang fleksibel berbanding botol supaya memudahkannya dibawa kemana² dan paling penting ianya mesra alam dan tidak membahayakan alam sekitar kerana diperbuat daripada lebih kurang 65% plastik.  Kalau nak refill yang botol tu boleh dapatkan pek fleksi terbaru dari Safi Shayla ni tau dengan kandungan 480g



Ni kali pertama rasanya aku mencuba rangkaian Syampu Safi Shayla.. dan aku pilih warna biru untuk anti kelemumur.  Biasanya syampu kelemumur yang aku guna,  mesti rambut akan jadi keras kejun heheh mesti kena guna conditioner ataupun mask...  bagi lembutkan semula.. Tapi Safi Shayla tak.... guna syampu je dah ok... dan paling best baunya yang best,  harum dan lembut. Dengan rumusan Habatuss Sauda dan bahan aktif Mentol dan ZPT 2x ganda membantu mencegah kelemumur.  Banyak lagi pilihan syampu Safi Shayla mengikut masalah rambut. Boleh dapatkan  dengan hanya RM 14.65 di setiap pasaraya,  kedai runcit berhampiran. 



SAFI SHAYLA Segar Bermaya 
SAFI SHAYLA Licin Terurus 
SAFI SHYALA Hitam Menawn
SAFI SHAYLA Itch Kontrol 
SAFI SHAYLA Kawalan Minyak
SAFI SHAYLA Rambut Rosak


Info lanjut :



2 comments:

  1. Ika pun suka shampoo safi ni. Best guna. Comelnye dia bertudung pink
    Feweet

    ReplyDelete
  2. Kepala kita tak sesuai dengan shampoo ni3.. Dah pernah cuba.. Tapi suka bau dia..

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign