Sep 4, 2016

Resepi Caramel Macchiato Ala Starbucks

Resepi Caramel Macchiato

Caramel Macchiato sejuk atau iced caramel macchiato antara salah satu minuman favourite aku bila berkunjung kemana² cafe khususnya Starbucks. Kaki kopi yang tak berapa tahan kafein macam ni lah haha. Nak minum Americanno memang tak lah, mau tak tidur seminggu dibuatnya. Resepi ni aku kongsikan buat korang khususnya yang sukakannya. Mudah aja nak buat. Lebih jimat, sedap dan puas heheh



Bahan² :

3/4 cawan susu segar / full cream / low fat
1 shoot espresso
1 sudu besar vanilla syrup
1 sudu besar sos karamel

Cara penyediaan :

1. Masukkan susu ke dalam gelas beserta ais kalau nak minum sejuk

2. Masukkan vanilla syrup, kalau tak ada boleh je guna air gula biasa. kemudian masukkan espresso. Kalau korang nak lebih rasa kopi, boleh je tambah jadi 2 shoot. Lebih sedap kalau guna kopi yang dibrew. Kalau x ada guna je bancuhan kopi yang pekat tu. Espresso yang aku guna ni memang umphhh sebab guna dari Nescafe Coffee Machine

3. Drizzle kan dengan sos karamel, Dah siap, boleh minum..... Resepi sos karamel ada di Sini

5 comments:

  1. X pernah minum yg nie.. Tgk gambar nie menggoda sungguh..

    ReplyDelete
  2. hahamboiii sangat diaa...bankrup la setarbuk

    ReplyDelete
  3. Wahhhhh sedap ni, tak perlu bazirkan duit ke starbuck lagi..

    ReplyDelete
  4. nelydia senrose suka minum ni, nak juga try rasa sedpnya macam mana.

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign