Sep 4, 2016

Resepi Caramel Sos Simple

Resepi Sos Caramel

Sos karamel / caramel sos memang sedap kalau di drizzle kan diatas minuman, khususnya kopi. Bagi yang suka caramel macchiato semestinya sukakan rasa caramel sos yang ada rasa manis, lemak dan masin. Resepi caramel sos / sos caramel yang aku share kan ini agak simple dan mudah. Boleh simpan dalam petis sejuk, dapat sebalang jem yang kecil tu. Caramel sos / sos caramel ni boleh juga dimakan dengan roti sarang lebah, pretzel, churros, pankek dan sebagainya.



Bahan² caramel sos / sos caramel :

1 cawan gula pasir
90g butter
1 sudu kecil essen vanilla
1/2 cawan heavy cream / whipping cream
Secubit garam halus


Cara penyediaan :

1. Cairkan gula pasir hingga cair dan keperangan, di dalam pan dengan api perlahan. Kacau jangan sampai hangit menggunakan spatula kayu

2. Masukkan butter, kacau perlahan sehingga sebati, kemudian masukkan krim dan essen vanilla, serta garam.

3. Kacau sebati sehingga kelihatan berkilat dan agak likat. Sejukkan dan simpan di dalam balang / bekas dan simpan di dalam peti ais.



Note :
Boleh panaskan sekiranya agak pekat dengan menggunakan microwave atau air panas secara double boiling.

2 comments:

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign