Sep 8, 2016

SITI ARFAH CAFE Istimewa Dengan Sajian Tradisi

Selera orang Timur, kot mana pun makan makanan western, Korean, indian segala bagai mesti akan tercari-cari menu makanan melayu yang tradisional kan hehe. Bukan senang nak cari gerai, restoran mahupun café yang sajikan makanan tradisi ni dengan sedap, lazat dengan harga berpatutan. Tapi di SITI ARFAH CAFÉ, korang boleh menjamu beraneka makanan melayu khususnya makanan Kelantan dengan sedap dan murah huhu. Alhamdulillah lat week dijemput pihak Siti Arfah Café bersama beberapa orang food blogger yang lain bagi merasai sendiri sajian yang disediakan café mereka yang sudah 4 bulan lebih beroperasi.  Wahhh teruja tau, sebab dengar khabar kat sini ada menu Kambing Bakar Meleleh yang super sedap dan murah selain Nasi Air Kelantan yang menjadi menu signature mereka.



Siti Arfah Café dimiliki anak kelahiran Kelantan, Puan Siti Arfah yang sudah mengusahan café ini sejak bulan Jun yang lepas. Kalau lihat dari luar hingga ke dalam premis café ni, memang semuanya bersih, teratur dan selesa. Susun atur meja dan kerusi yang kemas, pemilihan warna putih, memberi impak luas, cerah dan nyaman, Wahhh sebelum makan haruslah melilau mata kan ehekkkk.




Antara menu special yang ada di Siti Arfah café adalah, Nasi + Sup daging, Nasi Air Kelantan, Maggi Sup Power dan Kambing Bakar Meleleh. Ada juga menu lain seperti Nasi Lemak Ayam Berempah, Nasi Kerabu, Bihun / Mee / Kue Teaw Sup dari harga serendah RM 3. Siti Arfah Café menyediakan menu sarapan pagi dan makan tengahari . Ada pilihan menu dalam set, lebih jimat kan.


Set Nasi + Kambing Bakar meleleh + Sup Kosong ( RM 9 ) dan Maggi Sup Power menjadi pilihan pertama kami. MasyaAllah tak sangka kambing bakar ni sedap sangat. Banyak pula tu, murah lagi. Ada 2 keping daging kambing. Sos perapan dan kuah nya memang sedap. Tak macam sesetengan sos blackpeper yang kuat rasa rempah. Kuah yang ni cukup rasa pedas, masam, manisnya. Sup kosong tu nama je sup kosong tau, tapi ada ketulan daging kambing dan taugeh. Sedapnya. Maggi Sup Power ni pun banyak portion nya, ingat macam maggi sup biasa tapi tak…. Supnya tu…pehhhhh merecik woooo, kena pula dengan sambal cili tu, perah sikit asam limau. Maggi nyapun kenyal-kenyal lagi, daging kambing pun lembut je. Memang kena dengan selera aku.

Set Nasi + Kambing Bakar Meleleh
Maggi Sup Power






Nasi Air Kelantan ( Nasi Bubur ) ni first time tu nak rasa Nasi Air. Wahhh banyak juga tau. Mesti kenyak kalau habis semangkuk ni. Dalamnya ada ketulan daging, ikan bilis, daun sup serta nasi. Ohhh macam ni rasa Nasi Air. Bagi yang baru mencuba Nasi Air, ok…not bad bagi aku. Tekstur nasi seakan bubur….tak payah kunyah…just hirup dan telan. Bestnya….anak-anak kecil pun suka tau.
Set Nasi + Sup Daging + Telur Dadar ( RM 8 ) untuk Cik Abang. Berselera sungguh dia makan. Katanya sedap, daging tu fresh, lebut, tak hamis. Emmm rasa sup daging di Siti Arfah Café ni memang pure, umppph lain macam tu. Risik punya risik…rupanya semua campuran rempah sup dipilih, diadun dan dibuat sendiri olehnya. Bukan guna yang ready-made tahu. Patutlah rasanya halus, sedap dan berperisa. 

Nasi Bubur Ala Kelantan


Sup Daging


Pada korang yang berdekatan Anggerik Villa, Kota Kemuning…atau korang teringin nak merasai menu istimewa Siti Arfah Café boleh datang sendiri dan nikmati hidangan tradisi yang lazat dan murah serta layanan owner dan staff yang cukup mesra. Di masa akan datang pihak café akan melanjutkan waktu operasi mereka hingga tengah malam atas permintaan dan feedback yang baik dari pelanggan mereka. Mudahan perniagaan ini berkembang maju.





SITI ARFAH CAFE


Alamat :
Lot 7-1, No 3, 
Jln Anggerik Vanilla 31/97, 
Kota Kemuning 40460 
Shah Alam 

Tempahan / Pertanyaan :
014-657 2051

Facebook :




9 comments:

  1. Replies
    1. Hahhh sup dia memang recomended sgt....power

      Delete
  2. Huishhh kak! Temptingnyaaaa tengok. Boleh try nanti kat sini

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. kan kak.... fav saya kambing bakar tu....adoiii x cukup 2 keping ngeh2

      Delete
  4. tetiba rasa terliur pulak dengan makanan2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh...kalau dekat boleh cuba....murah, makanan banyak...hehehe

      Delete
  5. even tgk cafe dia simple giler
    tp menu2 dia alahaiii merecik baq hang hahaha

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign