Sep 6, 2016

Tukar Kad Debit Maybank

Kecoh kan, semua pemegang kad debit Maybank perlu tukar kepada Kad Debit sistem PIN yang dah diaktifkan sejak Mac 2016 yang lepas. Katanya ia lebih bercirikan keselamatan. Walaupun kad kita belum expired, pun kena tukar tau. Sebelum ni risau je , pikir bila lah nak pergi tukar, padahal boleh je tukar melalui online di http://www.maybank2u.com.my/ Tapi aku lebih rasa selamat, puas hati bila berurusan sendiri di bank, senang nak tanya, nak refer sekiranya terdapat masalah. Alhamdulillah, semalam Cik Abang free, so berjemaah kami ke cawangan MayBank yang berdekatan. Kami pergi cawangan MayBank Rawang. Kebetulan tak ramai sangat, so tak adalah tunggu lama. Tipsnya kena pergi seawal pagi hehe. Ehhhh memang aku tukar secepat yang boleh, sebab akaun MayBank adalah akaun utama aku guna pakai untuk urusan peribadi mahupun blogging. Nanti tak pasal-pasal hang sana sini kan kalau lambat tukar.

Debit Kad Sistem Pin yang baru


Pelupusan kad debit yang lama

Kalau buat direct di bank tak boleh kot buat kad bergambar tu, malas pula nak tanya hehe. So nanti jangan terkejut bila Pegawai Bank tu patahkan kad lama korang hehe. Untuk tujuan pelupusan. Tak lama pun prosesnya dan ianya percuma. Kata pegawai tu, tarikh akhir penukaran adalah sehingga akhir tahun ini sahaja bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

1 comment:

  1. tk tukar lg..aritu nk pi tukar katanya rmi yg menunggu giliran so xpi tukar lg la

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign