Sep 22, 2016

Western Food Murah Di Kafe Kopppy


Firstly ini bukan review berbayar hokey hehe…Al-kisah last week…ada attent event di Melilea Tower…. Sementara menunggu rakan blogger, siapa lagi kalau bukan Sally …. Partner tersengaja hehe…lepak dulu di KTM Kerinchi…tetiba perut berkeriuk-keriuk lapar…apa lagi luas kaki melangkah cari kedai makan. Betul-betul bawah eskelator, masuk je belah kiri, berderet kedai makan, restoran dan kafe yang ada. Hajat di hati nak pekena Nasi Campu, tapi alahai penuh meja, ada yang lauk pun dah kena kirai…maklumlah time orang office rehat…..usha punya usha….. terjumpalah Kafe Kopppy


Adalah dalam 8 orang pelanggan dalam tu. Cute je kafe ni…. Boleh muat dalam 20 orang ke belasan orang je dalam satu-satu masa.  Sebelum duduk usha menu….ahhhhh murahnya….set menu sekali minuman RM12.90….wahhhh kalah restoran makanan segera…terus duduk lah aku hahaha. Menu pun menarik, kafe pun santai, bersih je. Aku order Rice Fish Finger With Cheese Carbonara punya set RM 12.90





Air nya limau ais….comel kan gelas dia…air pun banyak, sedap. Pehhhhh banyaknya makanan ni…habis ke idak… Fish Finger ni dah la besar, banyak pula tu adalah 6 keping kot, bawahnya ada salad segar dan timbunan nasi…yang banyak…. Pehhhh…. Ada coliflower, carrot dan sayuran….sos dia memang best wehhh cheese bebenor…. Rangup, crispy sesangan kepingan ikan tu…. Tapi kannnnnn sayngnya…tak dapat habiskan pun….menyesal pulak. Kalau korang berdekatan pergi cuba, confirm tak menyesal…. Nanti ada rezeki nak cuba menu yang selalu sold out tu mesti gempaq kan

2 comments:

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign