Sep 7, 2016

WHITE FORMULA Moisturizing Hyaluronic Acid - Review

Kulit wajah putih berseri, segar, halus, tegang memang menjadi impian setiap orang tak kira lelaki mahupun wanita. Pernah dengar pasal Asid Hyaluronic tak ? Mesti seriau bila sebut pasal asid kan… dan set dalam otak bahawa asid ni bersifat mengikis dan berbahaya hehe. Asid Hyaluronic ni berfungsi mencerah, melembab serta menegangkan kulit. Sememangnya terdapat dalam tubuh manusia secara semulajadi, tapi semakin berkurangan disebabkan factor usia, persekitaran dan sebagainya. Sebab tu lah kulit kita khususnya muka mula menampakkan garis halus, kedutan dan bermasalah. Dengan teknologi canggih, kita boleh rawat kulit kita yang bermasalah dengan rangkaian produk penjagaan wajah terlaris di Taiwan iaitu WHITE FORMULA . Kebanyakkan produk kosmetik memang mengandungi HA kerana khasiatnya yang terbukti berkesan. White Formula merupakan produk keluaran President Pharmaceutical Corp Taiwan yang terkenal dengan penghasilan mask / topeng muka My Beauty Diary . Aku memang pengguna tegar My Beauty Diary…memang best… sebab tu tanpa was-was aku berani cuba White Formula ni heheh


Rangkaian White Formula ini terdiri daripada 5 produk. Antaranya adalah :  
  
White Formula Super Moist Facial Foam With Hyaluronic Acid 120g    
White Formula Super Moist Light Toner With Hyaluronic Acid 290ml    
White Formula Super Moist Essence With Hyaluronic Acid 40ml    
White Formula Lotion With Hyaluronic Acid 200ml    
White Formula Super Moist Gel With Hyaluronic Acid 50ml


White Formula diformulasikan daripada bahan yang dijamin selamat digunakan. Ianya tiada kandungan barangan terlarang, tiada Alcohol, pewarna, pewangi serta kurang menyebabkan iritasi kepada pemakainya. Ianya sesuai untuk yang memiliki kulit yang kering mahupun sensitive.



  

White Formula Super Moist Facial Foam With Hyaluronic Acid 120g

Pencuci muka dalam bentuk foam / buih. Foam nya sangat halus, lembut dan berkrim hehe. Baunya tersangat lah segar. Mula nak pakai ni risau pedih je, maklumlah muka aku ni versi sensitive, tapi wahhh tak pun. Syok je pakai. Rasa bersih dan lembab sangat muka ni. Mana taknya ia dihasilkan dengan 3 jenis Acid Hyaluronic yang bertindak membersih, melembab serta menegangkan kulit muka selain mencerahkan. Lepas cucian, kulit muka takkan berasa kering. Tu yang paling best. Dan tektur foam / buih ni taklah melekit sangat, so senang kita nak apply dan bersihkannya.

Cara penggunaan :
Picitkan 1cm je pada tapak tangan, basahkan muka dan cuci muka seperti biasa. Mulakan pada zon T muka. Kemudian bilas dan keringkan muka dengan tuala bersih. Boleh guna 2x sehari, pagi dan malam sebelum tidur.




White Formula Super Moist Light Toner With Hyaluronic Acid 290ml

Toner nil ah yang menjadi pilihan no.1 rakyat Taiwan. Patutlah muka dorang cerah, flawless dan tegang je kan. Sesuai untuk kulit normal hingga jenis kulit berminyak atau kombinasi. Pun sama terdapat 3 jenis Acid Hyaluronic iaitu Sodium Hyaluronate, Hyalo-Oligo dan SYN-HYCAN bagi membantu melembah, mencerah serta menegangkan kulit. Paling aku suka toner White Formula ni, ia tak memedihkan muka. Biasa toner yang pernak aku pakai mesti pedih. Maklumlah kulit sensitive kan.  Lagi…sifatnya yang mudah meresap kedasar kulit, tidak melekit dan paling best sesuai untuk yangada masalah jerawat macam aku hihu.

Cara penggunaan :
Gunakan 2x sehari selepas mencuci muka dengan White Formula Facial foam. Titikan sedikit je toner pada kapas atau tapak tangan dan ratakan pada muka, leher dengan gerakan membulat dari kawasan zon T, ratakan dari arah dalam ke luar.




White Formula Super Moist Essence With Hyaluronic Acid 40ml

Essence ni berfungsi memberikan ekstra kelembapan pada kulit wajah selain menegangkan dan mengurangkan garis halus. Mengandungi Hyaloveil-P selain 3 jenis Acid Hyaluronic. Sangat melembabkan kulit muka tau sebab ia meresap jauh ke dalam kulit

Cara Penggunaan :
Selepas guna toner, sapukan sedikit pada muka hingga leher bermula dengan zon T wajah.





White Formula Super Lotion With Hyaluronic Acid 200ml

Pada yang kulitnya normal ataupun jenis kering, boleh cuba lotion muka dari White Formula ni. Dengan tambahan kolagen dan elastin memang membantu menganjalkan, melembab dan menegangkan kulit muka. Walaupun ianya lotion, tapi jangan risau teksturnya ringan saja, tak melekit pun….dan mudah serap tak macam sesetengan lotion muka yang lain.

Cara pengunaan :
Sapukan sedikit lotion ini selepas memakai toner. Sapu lembut dan rata di bahagian zon T membawa ke leher.



White Formula Super Moist Gel With Hyaluronic Acid 50m

Kalau tak suka jenis lotion, boleh cuba jenis gel ni. Sama je function dengan lotion tadi. Tekstur pun ringan, baunya natural gitu. Antara kandungan istimewanya adalah Ceramide untuk melindungi kelembapan dasar kulit. Moist24 pula merupakan bahan semulajadi untuk mengekalkan kelembapan secara berpanjangan selama 24jam

Memang berbaloi dapatkan White Formula. Sebab kesannya dapat dilihat hanya dengan beberapa kali penggunaan. Dan yang paling penting ianya terbukti selamat, berkesan pada wanita Asia… Ohh ye korang pembaca setia blog ni, korang berpeluang menang set White Formula dengan menyertai Peraduan Like, Share, Tag & Win di Facebook rasmi White Formula Malaysia dengan 3 langkah mudah :


     Like page White Formula Malaysia     
Share gambar di atas di wall facebook korang     
Tag 5 kawan

Dan jangan lupa dapatkan 40% diskaun shopping beserta 1 hadiah misteri dari 26 Sept – 30 sept di Mycare.com.my

8 comments:

  1. Morning! Sally singgah sini…wahhh! Best gila kalau macam ni Sally pun nak!

    Jangan cantik sensorang boleh tak? hahahaha

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. best....x sangka sesuai dgn saya muka berjerawat ni

      Delete
  3. Replies
    1. wasalam...tq...kita singgah kt awk sat g

      Delete
  4. Replies
    1. terpaksa rajin, kalau x lebih teruk berjerawat :)

      Delete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign