Oct 18, 2016

Bila Blogger Lari Bersama Di Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016

Larian amal sejauh 5km....  Tak pernah terfikir dapat peluang macam ni.  Memang selalu usha geng² running yang selalu join acara running,  hiking semua tu,  tapi tak ada rezeki nak join.  Alhamdulillah bulan² yang lepas ada join satu contest dari blogger Mama Jue,  so dapatlah join Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016 bertempat di The Arc,  Bandar Rimbayu 9 Oktober 2016 baru ni.
 Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016 ni bertujuan menyokong kempen kesedaran pemeriksaan payudara di kalangan rakyat Malaysia.  Disokong kuat oleh National Cancer Society Malaysia. 


Antara rakan blogger yang lari bersama 

Sebab tu dinamakan Shower Run, di penamat kena shower gitu


Bukan saja dapat menyihatkan badan,  keluar peluh,  kuatkan stamina tapi paling penting dapat pengalaman dan ilmu berharga sepanjang acara ni. Selain mengeratkan hubungan sesama manusia,  jangan tak tahu puluhan blogger hebat pun ada sekali tau hehe,  tu hah geng larian pink sejati hehe ada kak Diya,  Dik Bee,  Mawardi,  Najmula, FauziAryaan dan K.Eyza Walaupun penat berjaya juga kami tamatkan larian ni ok.  Siap dianugerahkan medal dan sijil penyertaan selain goodies yang meriah. Paling win...temanya pink ok 







Banyak acara best² macam sesi pemeriksaan payudara dan kesihatan secara percuma, sarapan percuma,  zumba,  lucky draw dan perkongsian info dari pakar National Cancer  Society  Malaysia mengenai kepentingan, cara yang betul untuk memeriksa payudara.  Nanti kita share satu entri mengenai ni ok.  
First time join event  macam ni,  memang excited dan tak serik.... Seriously..... Lepas ni kalau ada lagi contest mesti join,  kalau x de kena bayar lah hehe untuk join mana² running event

1 comment:

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign