Oct 10, 2016

Bokitta Hijab Online Murah Di ZALORA

Beli Bokitta Hijab Online di ZALORA



Ada diantara anda yang meminati jenama tudung Bokitta? Rasanya Bokitta Hijab bukanlah satu jenama tudung yang baru di pasaran. Ia telah diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lalu dengan koleksi pinless / tanpa pin hijab yang cukup inovatif dan trendi. Tudung yang mendapat perhatian ramai wanita bekerjaya ini merupakan koleksi instant hijab yang cukup mudah dipakai dan juga kemas. Tanpa menggunakan brooch dan jarum tudung, pemakai boleh memakai koleksi tudung Bokitta Hijab ini sepantas 3 saat! Betul ke? Wahhh sengeh sampau telinga gojes² kat luar sana,  memang best lah jimat masa dan duit beli brooch dan pin hehe.


Well, memang betul! Setiap koleksi pinless hijab Bokitta ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian inner dan juga bahagian tudung. Untuk memakainya, anda harus menyarungkan bahagian inner terlebih dahulu dan kemudian sarungkan bahagian tudung. Sudah siap! Hanya sarung kedua-dua bahagian mengikut turutan dan anda kini boleh terus keluar bersama rakan-rakan atau ke pejabat. 

Di Bokitta Hijab, anda ditawarkan dengan 4 koleksi pinless hijab iaitu :

Voila
Voila Maxi
Chic 
Chic Maxi


Bagi koleksi Voila dan Voila Maxi, ia merupakan rekaan pinless hijab yang klasik dan apa yang membezakan antara kedua-dua rekaan ini adalah labuh tudung tersebut. Labuh tudung Voila adalah di atas dada manakala Voila Maxi menutupi bahagian dada. Bagi koleksi Chic dan Chic Maxi, ia direka dengan hoodie dan mempunyai lebih banyak lilitan. 
Oleh itu, jika anda ingin memiliki mana-mana koleksi pinless hijab keluaran Bokitta Hijab Online ini, layari laman web ZALORA sekarang dan anda boleh membuat pembelian dengan mudah secara online. Di ZALORA, anda juga boleh menikmati penghantaran secara percuma terus ke rumah anda dalam 1-3 hari bekerja. 

No comments:

Post a Comment

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign