Hadiah Istimewa Mama Darwiish - Cetaphil Baby Experience Workshop

by - October 23, 2016

Cetaphil Baby Experience Workshop bernilai lebih kurang RM500 hadiah menang giveaway di blog ruby.my bulan² yang lepas.  Excited tau join baby² workshop dari yang experts ni kan,  kalau nak bayar sendiri tak mampu hehe,  rezeki tambah ilmu keibuan gitu.  Bertempat di Talent Lounge,  Damansara.... ramai yang hadir selain blogger² hebat,  sempat lah kami selfie² dulu



Cetaphil merupakan satu jenama terkemuka dalam rangkaian produk penjagaan kulit terutama bayi yang disyorkan oleh dermatologist,  pediatrician dan pakar kulit sihat. Dalam workshop ni ada banyak slot menarik dan berharga dari mereka yang pakar,  si masa tu memang beri tumpuan sesangat haha




Antaranya penerangan mengenai  cara mengenal dan memastikan kulit anak² sihat oleh Dr.Mazlin pakar dermatologi.  Dapat banyak ilmu tentang kesihatan kulit bayi bermula dari bayi lagi. 

Diselit dengan light refreshments dengan menu sihat...  Sebelum diteruskan dengan slot Baby Bathing & Massage Demonstration dari yang pakar Lim Li Li & Corina Lau.  Slot ni memang best belajar cara mandikan bayi dengan cara,  teknik yang betul.  Paling best dapat tengok bro kita buat demo.... Wahhh skill kebapaan mantop


Bro & Kak Iera dan gugurls

With Ruby

Diakhiri dengan makan tengah hari dan pemberian hadiah goodies bag yeahhhh suka² . Ada Cetaphil Ultra Moisturizing Bath & Wash,  Cetaphil Baby Shampoo dan Cetaphil Baby Wipes.  Jumpa juga Ruby,  terima kasih Ruby sempat selfie juga haha,  tak silap first time jumpa Ruby,  asyik kat online je.  Workshop macam ni bagus untuk tambah ilmu keibu bapaan

You May Also Like

1 ulasan

  1. wah!seronoknya....
    selain dr penambah ilmu pengetahuan...
    dpt jumpa rakan² blogger yg lain...

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish