Oct 28, 2016

Lemuel Beauty All In One Cleansing Tissue ( Review)

Penjagaan kulit muka bermula dengan cara kita mencucinya dengan betul dan bersih sepenuhnya.  Masalah jerawat,  kulit kusam semua tu berpunca daripada kulit muka kita yang tidak dibersihkan dengan betul. Lagi teruk kalau langsung tak bersihkannya.  Bayangkan mekap,  krim semua tu bertepek dimuka,  siap bawa tidur lagi,  bakteria pun membiak dengan jayanya.  Semuanya sebab sibuk,  malas dan kejar masa kan... Tapi dengan Lemuel Beauty All In One Cleansing Tissue kita tak perlukan lagi facial cleanser,  foam,  toner,  makeup remover semua tu tau,  cukup sekadar penggunaan 2 keping tisu ini. Bersesuaian dengan konsepnya Convenience Cosmetic  In Your Hands



Lemuel Beauty All In One Cleansing Tissue merupakan produk dari Korea yang sudah hampir setahun dipasaran.  Kalau Korea memang tak dinafikan rangkaian kosmetiknya memang berasaskan bahan semulajadi.  Lemuel Beauty All In One Cleansing Tissue dihasilkan menggunakan fabrik tisu yang sangat lembut,  natural dan berkhasiat kerana diperbuat daripada Rooiboos Essence yang kaya dengan Vitamin C dan mudah diserap oleh kulit



Dalam setiap paket ada 2 helai tisu,  satu yang ada garisan corak.  Mula² lap dan bersihkan kotoran dimuka dengan tisu yang bercorak,  kemudian boleh bilas dengan air bersih,  kemudian lap dengan tisu yang ke² dan biarkan kering dan meresap ke muka,  jangan tak tahu tisu ni aku lap dekat tangan juga hehe,  nak tangan sihat,  tegang,  cerah juga.  Nampak kesannya seawal 3 hari.




 Memang best Lemuel Beauty All In One Cleansing Tissue jimatkan masa mencuci muka,  mudah sangat,  sesuai untuk semua jenis kulit, senang dibawa kemana² dan paling penting ianya all in one,  membersih,  menyihatkan,  mencerah,  menegangkan dan mencantikkan wajah. 

No comments:

Post a Comment

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign