Oct 22, 2016

Persiapan Pra Sekolah 2017 Adam Darwiish

Pra Sekolah bermula sejak tahun 2002 lagi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk anak² berusia 4-6 tahun.  Alhamdulillah tahun depan Adam Darwiish layak ke Pra Sekolah 2017.  Mama nya pulak yang cuak.  Mana tak cuak tahun depan baru 6 tahun tapi dah kena biasakan diri ke sekolah yang ramai kawan,  sekolah besar.... Pembelajaran pun lebih mencabar


Rupanya pengambilan murid Pra Sekolah ni dipilij mengikut faktor tertentu terutama pendapatan ibu bapa,  kalau x silap lebih 3k kurang peluang katanya.  Nak lebih info boleh ke www.moe.gov.my/my/prasekolah . Cara untuk mohon borang kemasukan ke Pra Sekolah,  ibu bapa perlu ke sekolah rendah berdekatan dan tanya pihak sekolah samada borang dah dikeluarkan atau belum,  kadang tu pihak sekolah akan gantung baner.  Macam Adam cikgu tadika dah maklumkan awal². Katanya selalu borang akan keluar dalam bulan 6-7 so kena alert  ye,  kena cepat... Nak pulak kawasan bandar,  perumahan... Ramai....  Kelas pula terhad tau

Inshaallah bulan 11 nanti hantar Adam ke sesi pendaftaran,  siap diagihkan kelas dah,  25 orang setiap kelas,  kena pakai seluar track,  baju kemeja,  kasut,  bawak betis gigi dan gambar passport 4 keping. Cuak tau macam nak hantar anak ke hostel pulak.  Mesti rindu si Adam pada Cikgu Yatie dan Ummi yang dah hampir setahun bersama di tadika. 


Melalui portal Kementerian Pendidikan,  aku terbaca antara kelebihan di Pra Sekolah :

  • Bantu murid sesuaikan diri dengan suasana persekolahan sebenar sebelum ke darjah 1
  • Membantu perkembangan,  kemahiran kognitif,  fikiran dan pergaulan
  • Bantuan makanan RM2.00 (sm)  dan RM 2.55 (ss) 
  • Peruntukan PCG Murid RM 100 setahun
  • Bantuan Kokurikulum  RM 25.00
  • Bayaran Takaful RM 1.50 setahun


Mudahan Adam sabar,  tekun,  dilembutkan hati dan fikirannya untuk yerima suasana,  ilmu,  kawan,  cikgu baru.  Kena banyak ulangkaji kat rumah....  Jangan lupa kawan² lama terutama cikgu dan ummi :) Pada yang tak ada rezeki tu,  ok je sekolah mana² pun,  mudahan anak² kita dipermudahkan urusan pembelajaran dan pergaulan mereka Inshaallah 

4 comments:

  1. Bantuan makanan tu dah naik dah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kot, sbb info ni dari web Kementerian, tak kemaskini lg kot

      Delete
  2. semoga anak2 kita dapat sesuaikan diri utk tadika 6 tahun nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin² kan jue, mudahan, pembelajaran pun mencabar sekarang

      Delete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign