Oct 3, 2016

Plated Dessert Class Di PASTRY INSTITUTE OF ST HONORE

Tak pernah terlintas di kepala dapat belajar menyediakan Plated Desserts dengan chef bertaraf Michelin, 5-Star dan punyai Award Winning French hoho. Tak sangka rezeki dijemput pihak PASTRY INSTITUTE OF ST HONORE untuk menyertai sesi Plated Dessert bersama Master Pastry Chef Frederic Oger . Pehhh memang teruja uolsss, dah lah aku memang hantu dessert, suka baking2 ni. Pastu dapat pulak peluang belajar buat dessert French daripada Chef French juga wohoooo. Ada 2 lagi blogger yang terlibat . Ada 3 jenis dessert yang bakal kami sediakan ….. Sebelum tu jom kita kenali Pastry Institute Of St Honore ni dengan lebih dekat



Pastry Institute Of St Honore merupakan institut yang menawarkan kelas / program pembelajaran menyediakan dessert / pastry French hingga ke pastry moden dari Basic Class hingga ke Advanced Diploma. Tenaga pengajar memang hebat terdiri daripada chef bertaraf Michelin, 5-star dan mendapat anugerah Award Winning French  yang berpengalaman lebih daripada 22 tahun. Bukan cikai2 punya chef tau. Dengan misi melengkapkan peserta / pelajar dengan pengetahuan penting selain pendekatan methodology dengan bereksperimen dengan bahan2 selain teknik dan tips professional




Suasana di sini memang cool, tak macam sesetengah baking class tu kan, berasak, panas…sini chill je…boleh santai2 selain luas, kemas,bersih dan nampak pro. Ok jom baking…. Master Pastry Chef Frederic Oger ni French chef… so kelas kita dalam Bahasa Inggeris…tapi ok sebab chef ni ajar step by step…. Tak faham Tanya je… konsep dia…chef buat dulu, then kita buat sendiri lepas tu….. so make sure…tumpu perhatian ye…. Katanya kami akan buat dessert yang ala comfort food, senang dibuat dirumah dan tak makan masa yang lama….yeahhhhhh. dibekalkan dengan apron, senarai resepi lengkap dan peralatan yang diperlukan. Resepi ??? Its special for us hehehe….



My Panacotta

Ada gaya tak hehehe

Skill seorang chef bertaraf Machelin wohoooo





Panacotta
Biasa tengok kat tv je, Gordon Ramsay, Jammy Olive, Anna Wolsen buat…so hari ni dapat peluang belajar dari Master Pastry Chef…. Katanya yang penting pada Panacotta adalah tekstur dan gabungan rasa sampingannya. Kata chef lagi Panacotta biasanya dihidangkan dalam gelas atau mangkuk lut sinar bagi menampakkan Panacotta yang super gebu tu, halus bila digoyangkan tu. Topping nya ala2 salsa ada nenas, manga, mint dan basil. Dapat tengok cara chef bekerja memang sesuatu yang mengagumkan…tak terkata2 dibuatnya… Belajar cara nak seimbangkan rasa, cantikkan tekstur panacotta. Lepas siap…kita makan sama2 dengan chef sambil membincangkan hasil panacotta kitaorang hehe.










Crème Brulee With Apple
Wahhh dessert yang kedua ni memang aku ketagih…biasa makan tak puas. Tapi versi Chef Frederic ni memang kelasss sesangat, banyak elemen tau ada Poach Apple, Apple Chips, Speculos Crouton dan Ginger Apple Sorbet. Dah memang 5 star hotel punya dessert ni. Masa ni memang teruja pegang blow-torch tu hehe..jangan sampai rentung crème brulee aku ni. Paling best kat sini dapat tengok, pegang dan dapatkan vanilla beans dari vanilla pod ni…yeahhhh . Banyak elemen dan tekstur…. Sesi ni banyak belajar tips yang berguna. Cara hasilkan apple chips yang rangup… crouton yang rangup, cara pegang pisau dengan betul …nampak remeh kan…tapi banyak perlu diperbaiki. Chef ajar cara platting yang bagus, menarik dan cara bersihkan permukaan pinggan yang ada cap jari dan sebarang kotoran tu…… tips berguna tu tau….caranya basahkan tisu dengan white vinegar dan lap permukaan pinggan, piring….nanti berkilat dan bersih macam di hotel, restoren mewah tu






BlackCherry
Dessert terakhir…tak puas belajar baking dessert ni…. Emmm. Ada 5 komponen. Ada Cherry Sorbet, Poele Of Cherry, Vanilla Chantilly, Ganace Moeulleuse, Chochlate Genoise dan Cherry Jelly. Belajar tips cara nak pastikan Crème Anglaise pada suhu yang betul dan banyak lagi.Wahhhhh nampak je simple platting nya tau…tapi dalam tu ada layer dengan Choc Genoise / Choc Sponge Cake dan Cherry Sorbet. Ada bermacam tekstur….coklat yang mewah dan rasa manis yang balance dengan masam cherry. Sorbet dia memang awesome….tekstur nya halus je, jelly sedap…semua sedap




Di Pastry Institute Of St Honore ada menawarkan Full Time Program dan Part Time Program untuk sesiapa yang berminat untuk belajar French dessert/ pastry.Memang selesa kat sini, dengan tenaga pengajar yang professional, satu kelas hanya limit untuk 12 orang untuk satu2 sesi…  Cara belajar pun bagus…. Mulakan dengan demo chef dan pelajar akan buat sendiri lepas tu. Memang berbeza bila belajar dengan tenaga pengajar yang bertaraf dunia ni tau. Berbaloi belajar. Penggunaan kelengkapan dan bahan2 gred paling bagus untuk pastikan hasilnya yang hebat berpatutan dengan tawaran pakej harga yang menarik. Lokasi pun strategi berdekatan dengan restoran, bank, supermarket dan dekat dengan Tropicana mall dan One Utama. Dan paling penting ia disokong kuat oleh Malaysian French Chamber Of Commerce & industry. Untuk info lanjut berkaitan yuran dan info berkaitan boleh ke link di bawah :


Pastry Institute Of St Honore
Office Hour :
9 am – 5 pm
Mon – Sat

Adress :
C-2-1 & C-2-2, TTDI Plaza,
Jalan wan Kadir 3,
Taman Tun Dr. Ismail
60000 KL

Hotline :
+603-7732 9468

Web:

Instagram :

Facebook :
















2 comments:

  1. Uihh..untung badan dpt ikut kelas pastry. Mesti seronok tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.... Haah tak terkata.... Teruja sesangat hehe

      Delete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign