RESEPI KERABU UDANG THAI

October 12, 2016


Resepi kerabu² ni memang belajar dengan akak² kedai makan Thai dulu². Cuma resepi ni guna cili padi bukan serbuk cili dan gula pasir bukan gula kabung Thai.  Tapi memang ada iras² hehe... Dapat kerabu ratah je pun takpe...  Resepi kerabu udang ni,  boleh adjust ikut selera korang,  nsk tukar kepada sotong,  mangga,  epal,  perut dan lain²


Bahan² :
6-10 ekor udang (size ikut suka) 
1/2 biji bwg besar / holland
1 biji bwg putih
1/2 batang serai
2 biji cili api
1/2 biji jus limau nipis
2 sb daun ketumbar
1 sb sos ikan
Gula secukupnya 


Penyediaan :
Buang kepala udang,  kulitnya . Tinggalkan sedikit bahagian hujung ekor.  Kelar bahagian tengah belakangan udang,  buang usus udang.  Kotor... X boleh makan.  Baduh dan rebus hingga udang kemerahan. Jangan lama sgt,  nanti over cook,  jadi liat...  Sebab nanti bila campur jus limau,  udang akan masak secukupnya 

Hiris halus ke semua bahan tadi,  toskan udang,  dan campur semua bahan dlm mangkuk,  adjust pedas,  madam,  masin,  manis ikut suka korang.  Macam aku suka masam dan pedad dan extra daun ketumbar hihi

You Might Also Like

2 ulasan

  1. sedapnya. busyra mmg suka kerabu. cuma daun ketumbar x suka. hehe

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish

NUFFNANG