Oct 8, 2016

Resepi Laksam Simple & Sedap


Resepi laksam ni versi mak aku....  Mak kat kampung suka sangat makan dan masak laksam ni.  Gigih kukus laksam ni sampai berpeluh tepi dapur... Untuk kami makan hehe.  So lepas ni boleh masak laksam untuk mak pulak.  Kata mak laksam tu kena lembut,  jangan terlampau tebal,  kuah laksam pulak mesti kena cukup rasa selain sambal yang super power hehe. 


Resepi laksam

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
3 cawan air suam
2 cawan air panas mendidih
Secubit garam

Campurkan kesemuanya, di dalam satu bekas / besen kecil,  kacau sebati

Panaskan loyang pengukus,  sendukkan campuran tadi ke atas pinggan leper / tutup periuk / tupperware.... Biarkan sehingga masak lebih kurang 3 minit

Seeloknya sapu minyak pada pinggan tadi,  supaya tepung tak melekat.  Sementara panas,  boleh gulungkan dengan cermat dan berhati²

Kemudian boleh potong gulungan laksam tadi mengikut kelebaran yang disukai


Resepi Kuah Laksa

3 ekor ikan sardin
2 asam keping
1 kotak santan
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
Daun kesum / Bunga kantan
Garam / Air secukupnya 

Rebus ikan di dalam air secupnya bersama asam keping. Asingkan isi ikan daripada tulang dan blander sehingga hancur.  Masukkan kedalam periuk

Blender bwang besar + bawang putih + lada hitam hingga hancur dan masukkan ke dalam periuk berisi isi ikan tadi

Campurkan 2 cawan air dan sekotak santan ke dalam campuran ikan + bawang tadi,  masak dengan api sederhana.  Tambahkan daun kesum / bunga kantan serta garam secukupnya sehingga masak


Resepi Sambal Laksam

4 cili padi
5 lada besar
1 sk belacan
1 hirisan limau nipis
Sedikit garam + gula

Tumbuk lumat kesemua cili + belacan,  dan adjust rasa yang diinginkan dengan garam + gula + limau nipis


Sedia dimakan bersama ulaman seperti taugeh,  kacang panjang dan kobis.

1 comment:

  1. Assalamualaikum...
    Wahhh..sedappp..peberet gak nih..laksam..bley la ikut resepi tu nanti...sebelum ni..main beli ja...sbb sorg2 ja mkn...skang cik husband pun minat jgk laksam..bleh la buat kat umah...

    ^___^

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign