Oct 12, 2016

RESEPI SUP AYAM BUNGKUS FUCUK Ala Group MAHN


Resepi Sup Ayam Bungkus Fucuk ni memang tengah viral di group masakan popular di fb tu. Rata² semua mencuba resepi ni,  mungkin disebabkan nampak unik,  sedap dan menyihatkan kerana menggunakan teknik mengukus. Intinya lebih kurang resepi dumpling je...  Cuma dibalut dengan fucuk


Bahan A :
1-3 helai fucuk kering 

Penyediaan :
Rendam fucuk di dalam bekas berisi air suam / air biasa.  Jangan patah² fucuk... 


Bahan² B :
1 bahagian dada ayam
1/2 biji lobak
1/2 biji bawang besar
1/2 inci halia
1/2 biji cili merah
1 biji bawang putih
Sedikit hirisan daun bawang / daun sup 
1 sk sos ikan
1 sb tepung gandum / t.jagung


Penyediaan :
Cuci kepingan dada ayam,  kemudian cincang halus

Cincang halus / potong dadu kesemua bahan² yang lain kemudian satukan di dalam mangkuk dan gaul sebati



Lembarkan fucuk yg sudah lembut,  sudukan inti dan gulung dengan kemas.  Sedia utk dikukus sehingga masak,  lebih kurang 5-10 minit. 

Boleh dipotong sebelum dihidangkan. 


Nota :
- Boleh  juga digoreng 
- Boleh dimakan selepas dkukus atau dimakan bersama sup kosong / ayam
- Inti boleh tukar pada daging / udang dan sbg nya
- Pastikan dikukus hingga betul² masak
- Resepu ini untuk hidangan  1-2 makan

3 comments:

  1. lwbih kurang dimpling sop gak cuma takde lada sulah.. jika tabur sikit sedap..

    kak no suka gantikan daun kepingan kobis. dicwlur dulu.. keringkan dan gulung. lagi sedap ain..

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign