Oct 29, 2016

Sepagi Di Running Man Challenge Hydrated By 100 Plus

Fan Running Man memang menggila ek di Running Man Challenge Hydrated By 100 Plus,  tak kasi can dah kat aku taraf mak² ni kah². Kalau nak tahu julung kalinya challenge sebegini dianjurkan,  first sekali dibuat di Kuantan baru² ni,  kali ni di IOI Mall Putrajaya, mencari 30 peserta terpantas untuk sertai Running Man Malaysia,  ada team Aida Jebat semua tu. Serius aku tak kisah,  cuma ku pikir real RM je haha sampaikan kualihkan patung² poster Aida Jebat sebab nak pose depan poster Real Running Man haha. Sorryyy



Sebelum ni ada masuk cabaran video online,  kalau menang,  berpeluang jumpa Lee Kwang Soo hujung Nov ni.  Dia sorang je,  jangan berangan yang lain hehe.  Tadi pun tak ada rezeki,  tercicir dari senarai top 30



Acah menang gitu

Pun acah menang :p

Sebelum masuk Running Man Challenge ni dimestikan beli 4 jenis minuman 100 plus dengan harga diskaun,  untuk dapatkan resit.  Suami aku pun ter excited sama, so 2 set la kami beli,  ada 8 botol semua.  Ada 2 cabaran je,  tapi serius bagi aku macam tak berapa nak running sangat huh

Pertama , Cycling Challenge,  dalam masa 60 saat kena kayuh sejauh 200m.  Lagi laju lagi nagus. Aku dapat 18saat... Suami dapat 15 saat



Then yang ni memang ramai fail,  susun puzzle gambar tin 100 plus,  nampak macam poyo,  tapi dengan kalut + excited + nak menang sangat akhirnya dapat 56 saat daripada 2minit. Kalau nak tersenarai dalam top 30 kedua masa challenge ni tak boleh lebih daripada 30 haha.  Maksudnya dalam puzzles ni kena pikap lebih.  Kami dedual fail,  cuma rezeki lucky draw,  suami dapat Adidas cap dan aku dapat botol air. 

No comments:

Post a Comment

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign