STREET CHURROS ONE UTAMA

by - October 14, 2016

Street Churros merupakan rangkaian kafe berasal dari Korea yang menyajikan churros dalam pelbagai variasi.  Dapat bayangkan tak churros segar dan rangup,  makan panas² ... wah memang heaven.  Rangkaian Street Churros yang ke-2 di Malaysia telah di buka di One Utama Shopping Mall selepas cawangan pertama di IOI City Mall,  Putrajaya.... Boleh baca entry  kat sini Street Churros IOI City Mall Putrajaya



Jangan pelik kalau datang nanti,  tengok kafe Street Churros ni agak kecil dan terhad,  sebab ianya lebih kepada konsep take-away... dan kata owner Street Churros,  Dato Joe Tan,  untuk next outlet akan dibuka di Berjaya Time Square,  dengan kapasiti yang lebih luas sehingga boleh memuatkan lebih 20 meja.... Wahhh boleh lah nanti santai² sambil dip² Churros




Di Street Churros,  churross disediakan on the spot selepas di order,  so churros kekal segar dan rangup.  Kita boleh lihat staff ala kpop menyediakan pesanan kita.  Churris disediakan menggunakan bahan dan peralatan yang memang didatangkan dari Korea.  Macam mana rasa Street Churros di Korea,  macam gitulah rasa Street Churros di Malaysia.



Churros Cheese dip wirh Cream Cheese 
Churros Chocolate,  Cheese, Cinnamon RM 4.90

Dipping Sauce Chocolate,  Cream Cheese,  Blueberry,  Strawberry RM 1.50

Churros di Street Churros memang gedabak² ok... Puas makan,  dan berbentuk pedal kuda yang melambangkan maksud ' tuah ' di Korea.




Ah-Chu
Plain : RM 7.90
Chocolate / Strawbery : RM 8.90
Merupakan aiskrim lembut / soft serve dibuat istimewa daripada New Guinea Vanilla Bean yang digabungkan dengan churros.  Gabungan hot and cold memang terbaik,  makan churros panas² sambil dip dengan ais krim vanilla yang memang awesome di drizzle dengan sweetbsauce uhhhh Ada pelbagai perisa




Filling Chu
Versi churros yang ada filling.  Besar gedabak dan crispy juga.  Filling dengan sweer sauce,  ada perisa Blueberry,  Cream Cheese,  Chocolate RM 7.90


Green Tea Lattee

Passion Fruit Ade

I Love Strawberry 



Minuman pulak,  selain aneka pilihan kopi, teh ada juga minuman yang menyegarkan seperti Passion Fruit Ade RM 7.90 memang awesome rasa buah markisa yang mewah.  Green Tea Latte RM 8.90.... Yang panas pun ada.  Ohhh ye nanti jangan lupa cuba 3 minuman baru tau sedappp,  segar  O' My Mango,  White Choco Real Banana Shake,  I Love Strawberry RM 9.90 serius sedap,  macam minum smoothie....



Dan sepanjang bulan Oktober jangan lupa dapatkan churros di Street Churros dengan hanya RM 2 bermula jam 2 petang selagi stok masih ada..... Pallli Paliii


Blogger menchurros :p


LG319.A, 
Lower Ground Floor, 
1 Utama Shopping Centre








You May Also Like

7 ulasan

  1. bestnye churros..nape xde branch kat sabah.

    ReplyDelete
  2. nampak kegembiraan dekat muka akak dapat churros tu. Hehehee..

    ReplyDelete
  3. nampa sedap la churros tu...mkn sekeping kenyang tak...

    ReplyDelete
  4. Sedapnya... Sekali rasa macam nak lagi kan?

    ReplyDelete
  5. Harus repeat lagi ni..yg hr tu tak puas..hahaha

    ReplyDelete
  6. sedapnyaaa. geram tengok blogger2 post pasal nie. kalau dekat mau je terjah sekarang XD

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish